Jumlah Paparan Halaman

1.1.12

SIAPA UNTUNG?


PENGAPUNGAN SAHAM FELDA:

SIAPA UNTUNG?

Tujuan sesebuah syarikat korporat mengapungkan saham syarikat di Bursa Malaysia adalah untuk mengumpul modal bagi membesarkan operasi dan aktiviti syarikat.

Ia adalah lebih baik daripada membuat pinjaman menerusi bank – bank komersil. Meminjam menerusi bank tentunya memerlukan cagaran dan juga terpaksa membayar pinjaman termasuk faedahnya. Ianya pasti akan melibatkan risiko kewangan dan boleh juga menyebabkan syarikat itu akhirnya GULUNG TIKAR.

Dengan cara mengapungkan saham di Bursa Malaysia, dana syarikat akan masuk menerusi pembelian saham oleh para pelabur. Tiada risiko pembayaran hutang dan cagaran dihadapi oleh syarikat berkenaan.

SEKALI Pandang, mengapungkan saham adalah kaedah terbaik berbanding membuat pinjaman untuk mendapatkan modal membesarkan perniagaan.

BETUL Tu! TETAPI, fikirkanlah apa pula kehendak dan keperluan yang membolehkan syarikat itu memasuki Bursa Malaysia.

Yang pertama – apabila berniat untuk mengapungkan saham di bursa, maknanya, anda sanggup dan setuju hak mutlak seratus persen anda dikurangkan kepada setakat TUJUH PULUH PERSEN sahaja.

Maknanya, jika setiap tahun anda mendapat SERATUS, sebaik sahaja di apungkan di bursa, pendapatan anda cuma tinggal TUJUH PULUH SAHAJA.

MAKA, secara tidak langsung semua kos perbelanjaan tahunan akan dipotong atau dikurangkan.

SANGGUPKAH ANDA sebagai warga Felda tidak lagi mendapat duit raya dan duit naik sekolah?

SETUJUKAH ANDA sebagai kakitangan Felda untuk berkursus dan bermesyuarat di balairaya dan dewan rancangan seperti tahun 1990’an dahulu?

Yang kedua – setelah diapungkan, anda juga perlu bersedia setiap masa untuk mengelakkan pembelian saham luar biasa oleh orang awam sehingga menyebabkan anda bukan sahaja kekurangan pendapatan, malah boleh juga kehilangan syarikat anda.

Kes pengambilalihan syarikat menerusi bursa saham ini, bukanlah luar biasa. Ianya adalah lumrah di bidang saham menyaham ini. Contoh klasik ialah bagaimana Kementerian Kewangan di bawah teraju YBM Tengku Razaleigh ketika itu, berjaya mengambilalih Guthrie Berhad menerusi pembelian saham di Bursa Saham London.

Tidak mustahil juga akan berlaku MBO – Pembelian saham yang membolehkan pihak pengurusan menjadi tokey. Contoh klasik ialah bagaimana Kumpulan NSTP, menjadi milik 3 sekawan di tahun 1990’an itu.

Yang ketiga – jika anda sebagai warga Felda yang biasa- biasa, mampukah anda untuk membeli banyak unit saham sebelum hari pengapungan? Aku fikir, jika mampu pun, kita yang biasa – biasa ini [golongan majoriti di Felda] hanyalah setakat 1000 unit [10 lot]. Itu pun jika ianya bernilai satu ringgit.

Jika lebih tinggi nilainya, lebih kuranglah lot yang anda mampu beli.

Hendak membuat pinjaman bank bagi tujuan membeli saham, anda perlukan keyakinan pihak bank itu sendiri. Setakat orang Felda yang biasa – biasa ini, Pengurus Bank di bandar berhampiran pun dia tidak kenal. Jika tidak kenal, bagaimana pihak bank yakin dan setuju untuk memberikan pinjaman kepada kita?

Yang keempat – katakanlah semua peneroka Felda yang berjumlah 113 ribu itu mampu untuk membeli 10 lot saham, selepas satu minggu urusniaga saham itu berjalan, berapa ramai yang akan menjual semula untuk mendapatkan keuntungan jangka pendek.

Dalam kes ini, aku fikir, tidak lebih 10 peratus sahaja yang akan kekal memegang saham itu. Yang selebihnya, pasti segera menjual semula apabila dibenarkan.

Ini bukan andaian tetapi inilah yang berlaku pada tahun 2008 dan 2009 dahulu. Ingat tak? Duit bonus tahunan peneroka sebahagiannya dibayar menerusi saham KPF. Selepas setahun, peneroka seluruh negara seperti membuat pesta di hadapan Ibu Pejabat KPF pada tahun 2009 dan 2010, kerana menjual semula saham berkenaan.

Sehingga ke tarikh 1 Januari 2012 ini, berapa ramaikah peneroka yang masih mengekalkan sijil KPF tersebut?

Yang keempat – SIAPA Sebenarnya yang bakal meraih keuntungan jangka pendek sekiranya nilai saham itu meletup dan malatop di pasaran?

Pihak yang mendapat kepercayaan bank dan boleh mendapat banyak pinjaman untuk membeli saham pastinya, TOP BOARD, TOP GUN dan TOP PISTOL. TOP PARANG, mungkin dapatlah sedikit - jangan tak merasa.

Akhirnya, yang untung besar setelah semua kerja – kerja penyenaraian saham ini adalah mereka yang di atas. Itu pasallah kontot dan pendek bekerja keras untuk menjayakannya.

Selain untung saham, dapat pulak elaun Board yang lumayan.. KAYO KAYO KAYO......
OSBON-JUARA Maharaja Lawak Mega 2011
CUIT SIKIT:

Mereka yang di atas berkursus dan bermesyuarat di Bali, Shanghai dan Bangkok. Juadah mereka tentunya apam dan pau yang tembam dan gebu.

Anda yang bertaraf pencacai dan pengangguk ini, hanya berkursus dan bermesyuarat di balairaya rancangan. Juadahnya pula hanyalah kuih donat dan karipap.

TETAPI, aku tidak terlibat sebab aku dah bersara awal. Namun, sebagai anak dan menantu peneroka, aku akan terus menulis untuk menentang penyenaraian saham Felda ini.

Nota kaki..

AKU PETIK CORETAN MANTAN ADUN PULAU MANIS, PEKAN, PAHANG.....

Kita dah bosan dengan IPO ni. Yang mendapat laba ialah mereka yang mengetahui terlebih dahulu, Felda mahu di senaraikan. Taruh dan bubuhlah apa sahaja syarat- moratorium kah, atau apa apa- tipu muslihat oleh pegawai tinggi felda akan tetap berlaku. Jadi, apa makna nya penyenaraian tersebut? Ianya suatu alasan untuk suatu kumpulan orang membuat wang yang banyak. Itu objection kita yang pertama.

Apa akan jadi apabila penyenaraian berlaku? Yang terjadi ialah konsentrasi kuasa pada satu orang iaitu Isa Samad. Ini kita kena tentang. Isa Samad pengerusi Felda. Dia pengerusi Felda Holdings. Dia jadi pulak pengerusi KPF. Dan tentu dia nak jadi pengerusi FGVH. Berapa banyak daa….

Yang di kehendaki ialah agihan kuasa supaya sesuatu unit perniagaan boleh berfungsi secara merdeka dan bebas dari keputusan satu orang. Konsentrasi kuasa atau monopoli is bad economics.

Jika Felda Holdings membuat RM 700 juta tahun lalu, tidakkah lebih lojik jika Felda Holdings yang di senaraikan? Kenapa pemilik minority dalam FH yang beria ria mahu menyenaraikan FGV seolah olah untuk menyelamatkan diri nya sendiri kerana telah mencatat kerugian lebih 500 juta? It does not make sense. Kenapa tidak berikan peluang kepada KPF yang ambil alih 100% Felda Holdings?

Biarkan FGVH yang di miliki 100% oleh Felda menjalankan perniagaan yang mereka buat sekarang. It is better for Felda to float FGVH alone and sells its share in Felda Holdings to KPF.

Sekurang kurang nya, KPF di miliki sepenuhnya oleh warga FELDA!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH