Jumlah Paparan Halaman

7.1.12

ANGKARA TULIS M, BACA A, PENYU MENANGIS.....

Apakah yang akan dilakukan oleh FAM sekiranya ada ahli dan badan gabungannya yang menghantar surat yang salah kepada GenSec [Setiausaha Agung] mereka?

Pastinya mereka akan mengambil tindakan drastik terhadap kesalahan seperti itu. Mungkin kesilapan itu akan mengakibatkan ada pihak yang digantung tugas.

Namun, apakah pula tindakan FAM sekiranya GenSec mereka sendiri menghantar surat yang salah kepada badan gabungan?

Cukupkah sekadar minta maaf? Wajarkah maaf sahaja sebagai balasan kerana kesilapan terbangang GenSec itu, menyebabkan Terengganu kehilangan khidmat pemain impot untuk Liga Malaysia 2012 sekurang - kurangnya sehingga April ini.

Apakah yang boleh dilakukan mulai April sedangkan Liga Malaysia sudah sampai ke kemuncaknya waktu itu.

Bagi aku, sekiranya kesilapan itu berlaku kerana kebodohan GenSec, FAM WAJIB memberi kebenaran khas kepada Terengganu untuk menggunakan pemain impot berkenaan di Liga M kerana kontrak telah ditandatangani oleh kedua pihak.

PDRM pun akan membatalkan saman sekiranya surat saman itu ada masalah teknikal.

Inilah bahananya jika berlagak profesional padahal kita terlalu amatur. Amatur yang terlampau apabila Kejuaraan AFC ditulis Liga Malaysia. Bukan setakat amatur malah, nampak macam sekolah darjah tiga la pulak.

CUIT SIKIT:

Awal Disember 2011, nampak ramai pihak di badan gabungan tidak sekolah kerana tidak memahami maksud Liga Divisyen Satu dan Dua Amerika Latin dan Eropah. Justru, ada 7 pemain impot tidak layak bermain di Liga Malaysia 2012.

Awal Januari 2012 pula, GenSec FAM nampak turut sama tidak sekolah.

Bagi yang tidak sekolah itu, eloklah menyertai Kelas Malam OT anjuran Kumpulan Pimai semasa Maharaja Lawak Mega 2011 lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH