Jumlah Paparan Halaman

25.12.15

NS JUARA PIALA EMAS RAJA - RAJA 2015.....

TAHNIAH! Untuk skuad di bawah ini;

Ada jugaklah keraian buat para PSNS.

CUIT SIKIT:

Kemenangan skuad di atas pastinya menjadi cabaran buat skuad ini;
Biarpun belum lengkap, skuad muda pertaruhan PBNS ini, pastinya menjadi harapan baru buat para PSNS untuk kembali memeriahkan musim bola 2016.

Jangan lebih lajak daripada laju sudahlah.

HOBEN JANG HOBEN!

21.12.15

FINAL PIALA EMAS RAJA - RAJA 2015.....

Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia telah membuat ketetapan bahawasanya, laga final Piala Emas Raja - Raja Melayu 2015 adalah seperti berikut;
CUIT SIKIT:

Selamat maju jaya buat pembawa - pembawa nama Negeri Sembilan ni. Ke Perlis main bola untuk menang. Bukan melancong dan melencong ke Siam.

Ingatlah satu ketika dahulu NS adalah NAMA BESAR di persada bola sepak Malaysia. Namun, zaman gah itu telah berakhir. Pasti, akan bangkit semula. Tapi bila?

Khabarnya, sebenarnya final ini adalah UNIMAP lawan USIM. Betul ke?

20.12.15

NS KE FINAL PERR 2015.....

Setelah menempuh laluan mencabar seperti ini;
foto ihsan Blog Jalan Raya Malaysia
tanpa sebarang publisiti, tanpa sebarang nama besar, akhirnya pasukan ini;

muncul sebagai finalis Piala Emas Raja - Raja 2015. Bakal bertemu Perlis yang sudah biasa dengan pentas FINAL PERR ini. Ini kali ke 3 berturut - turut mereka layak ke final.

Arena Final ini belum ditentukan namun, ianya akan berlangsung pada 25 Disember ini.

CUIT SIKIT;

Carian di alam maya, aku dapati NS pernah muncul Juara Piala Emas Raja - Raja 1992. Mungkin ramai pembaca blog ini, belum lahir ketika itu.

Antara kesebelasan utama ketika itu, kini menjadi ORANG KUAT PBNS.
Lim Teong Kim yang garang mengkritik jurulatih tempatan baru - baru ini, turut beraksi bersama NS [ duduk - paling kiri ].

Semoga FINAL PERR 2015 bakal berlangsung di Paroi dan pemenangnya adalah NS. Sekurang - kurangnya adalah sedikit keraian buat para PSNS. Juga boleh menjadi cabaran buat skuad jutaan ringgit yang berhajat untuk ke Liga Super 2016 itu.

18.12.15

PEMENANG ABK 2015.....

Foto Ihsan FAM

CUIT SIKIT:

Tahniah para pemenang terutama Syafiq Rahim selaku midfielder terbaik dan PEMAIN PALING BERNILAI 2015.

Bilo pulak giliran NS menguasai pentas anugerah seperti ini?

14.12.15

ABK 2015.....

Jumaat ini bakal berlangsung Anugerah Bola Sepak Kebangsaan [ ABK ] 2015.

Senarai akhir menurut sumber FAM, adalah seperti berikut;

CUIT SIKIT:

Setelah hampir pasti menutup tirai 2015 dengan tangan kosong, NS bolehlah berbangga dengan KASUT EMAS buat Forkey Doe selaku penjaring terbanyak Liga Premier. Jadilah jangan tak merasa.

Sebelum NANA muncul Juara GV 2015 semalam, di sebelah petangnya, Skuad Piala Emas Raja - Raja telah memenang 2 - 0 di Separuh Akhir I ke atas Pahang.

Namun, kemenangan itu belum menjamin tempat di Final kerana Separuh Akhir II akan berlangsung di Kuantan minggu hadapan.

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH