Jumlah Paparan Halaman

26.7.17

ALAHAI NOOR HAZRUL.....

Sehingga jam 11:30 malam, 25 Julai 2017, NS sebenarnya telah kembali ke nombor satu carta Liga Premier 2017 ekoran pendahuluan 2 - 1 ke atas Terengganu di Kuala Terengganu.

Biasalah, sebagai tuan rumah, Terengganu akan mengasak habis - habisan di minit - minit terakhir. Biasa jugalah, sebagai pasukan pelawat yang sedang mendahului, NS bermain secara bertahan. Itu memang biasa. Peringkat dunia pun seperti itu coraknya.

Tetapi yang tidak biasanya adalah tindakan tidak bijak dan tak berapa cerdik pemain NS di minit - minit akhir itu;
Menerusi satu lob dari kawasan tengah padang, bola sampai kepada [ 13 ] Noor Hazrul yang aman damai tanpa sebarang cabaran daripada pemain Terengganu.

Dalam keadaan selesa itu, Noor Hazrul tidak bermain secara bijak. Sebaliknya bermain secara amatur dan budak sekolah apabila membuat tandukan ke dalam kawasan penalti sendiri.

Sepatutnya, beliau membiarkan sahaja bola itu keluar tetapi berada dalam kawalan dan pengawasan.

Lebih teruk, tanpa rasa bersalah, beliau terus kekal tercegat tanpa sebarang usaha untuk memperbetulkan kesilapan itu.

Ekoran kesilapan beliau, Shazlan Alias menjaringkan gol sendiri;
pada minit ke 90 + 2, yang bukan sahaja mengikat keputusan tetapi juga menyebabkan NS menamatkan saingan ke 18 Liga Premier 2017, di tangga ketiga di belakang Kuala Lumpur dan Terengganu.

CUIT SIKIT:

Kalau NS gagal naik ke Liga Super 2018, Noor Hazrul boleh dijadikan sebagai salah satu daripada KAMBING HITAMnya. Tak percaya?

Kalau tak percaya, lihatlah sendiri di;

HOBEN JANG HOBEN!

15.7.17

CATATAN NGERI UNTUK NS.....

Dua perlawanan terakhir di tempat lawan, membawa khabar duka buat NS. TEWAS dan SERI. Lebih malang, catatan seri itu diperolehi semasa menentang pasukan tangga bawah yang sebelum ini menjadi tempat latihan pasukan lain, membuat jaringan.

NGERI. Itulah perkataan tepat buat pasukan bimbingan Asri Ninggal setakat ini.
NYATA, rekod way NS bukan sangat baik biarpun dua daripadanya berlangsung di Paroi.

Hanya 50 peratus mata yang berjaya dipungut di arena lawan berbanding di Paroi. Daripada 11 mata itu, empat daripadanya, dikutip semasa bermain AWAY di PAROI. Maknanya, hanya tujuh mata dibawa pulang dari enam arena lawan sebenar.

LIHAT SENDIRI betapa NGERInya pencapaian NS selepas Aidilfitri;
Bermula 30 Jun 2017, NS hanya mencatat SATU kemenangan berbanding lapan sebelum Aidilfitri. Ianya bermula sejak 21 April lalu, apabila NS mencatat keputusan SERI bertemu Sabah di Suku Akhir Kedua Piala FA 2017.

Secara keseluruhannya, bermula 21 April itu, NS telah bermain 11 perlawanan di semua pertandingan dengan catatan SATU menang, 7 seri dan 3 kalah.

CUIT SIKIT:

Jika begini rekodnya,

bolehkah NS melangkah ke Liga Super musim hadapan?
Jika GAGAL, siapakah KAMBING HITAMnya?
HOBEN JANG HOBEN!

9.7.17

TABIK SPRING UNTUK ASRI?.....

Mohd. Asri Ninggal bukanlah satu nama gah di arena bola sepak Malaysia. Namun, anak Melaka ini merupakan antara generasi awal pemain bola sepak pro yang turut mempunyai sijil akademik yang baik.
Kerana tumpuan kepada akademik, aku fikir Asri biarpun pernah sepasukan dengan Allahyarham Mokhtar Dahari, bukanlah pemain bertaraf bintang dan tersohor dengan gaji lumayan.

Kerana akademik jugalah, beliau menjawat jawatan utama di sekurang - kurangnya dua buah bank terkemuka di sekitar Seremban sebelum menyertai sektor kejurulatihan bersama PBNS.

Rekod pasukan setakat ini;
Kegagalan mencatat sebarang kemenangan ke atas dua pasukan Liga Premier setakat ini, membuktikan NS belum cukup bagus. Belum cukup mantap untuk bergelar Sang Juara. Mungkin sekadar hanya sebagai Sang Pencabar Sengit.
CUIT SIKIT:

Namun, status sebagai pencabar tidak akan membawa pasukan ke mana - mana. Hanya JUARA yang akan dikenang dan menikmati pelbagai ganjaran.

DAN, sehingga NS bergelar JUARA LIGA PREMIER 2017, selagi itulah aku tidak akan memberikan sebarang tabik kepada Asri & Team Kejurulatihannya.

ANDA BAGAIMANA?

HOBEN JANG HOBEN!

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH