KAKI BOLA FELDA: Sokong FELDA UNITED atau NEGERI SENDIRI?
LTDL 2011 bakal meniti laluan di kawasan Felda Gugusan Palong, Negeri Sembilan...
AWAS!!! Jangan sampai terlanggar lembu.....
Cara Menikmati Epah Hijau:
nizamhasan®. |
nizamhasan®. |
Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.
Epal hijau boleh membantu mencegah:
1. Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
2. Mengurangkan risiko penyakit jantung.
3. Membantu kesihatan membran paru-paru.
4. Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
5. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
6. Membantu mengekalkan berat badan.
7. Mengurangkan tekanan penyakit asma.
8. Mengurangkan risiko barah.
Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.
Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.
Sorry Proton, It's just A Short Joke..nizamhasan®.
JANGAN KETAWA
Ada sekali tu ketua kampung orang asli telah dihadiahkan jam dinding oleh pihak tentera kerana menolong mereka dalam operasi. Alangkah bangganya ketua orang asli tersebut bila jam tersebut di gantungkan di depan pintu rumahnya dan orang kampung sering datang melihat jam tersebut seolah-olah barang hiasan kerana mereka pada masa tu tak tahu bagaimana menggunakan jam untuk melihat waktu.
Suatu hari anak ketua kampung tersebut memberitahunya yang jarum jam tu telah berhenti bergerak. Masa tu punyalah ramai anak buah dia kat halaman rumah sedang melihat jam tersebut.
Maka ketua kampung tu pun konon nak tunjuk terrorlah lalu dia pun menurunkan jam tersebut dari tempat penggantungan dan membelek-belek jam tersebut depan belakang. Beliau ternampak tempat bateri jam tersebut dan telah dengan tidak sengaja terkuis bateri itu terkeluar dari tempatnya.
Entah macam mana ada pulak bangkai seekor cicak di celah-celah tempat bateri tu...beliau pun dengan bangganya memberitahu kepada anak-anak buahnya.
"OOOO...patutlah tak jalan.
Drebarnya mati tershepittttt....!!"nizamhasan®.
Drebarnya mati tershepittttt....!!"nizamhasan®.
Jam Dinding posted by aman gelihati.blogspot.com/
03 DISEMBER 2010: EKSIDEN TERKINI DAN TERNGERI DI FELDA PALONG XX.
Jam 09.00 pagi: Dua orang peneroka Felda Palong XX dilihat telah masuk ke kebun masing – masing dengan menaiki motorsikal secara berasingan.
Jam 01.00 tengahari: Setelah selesai kerja – kerja menuai sawit, masing – masing bergerak untuk pulang ke rumah.
Jam 2.00 petang: Entah apa malang yang menimpa, setibanya di satu simpang tiga, kedua- duanya bertembung, mengakibatkan mereka tercampak ke tebing berhampiran jalan. Ali Pan ( bukan nama sebenar ) mengalami kecederaan di bahagian lutut manakala Samad Darling ( juga bukan nama dia ) pula hanya mendapat calar balar di kaki. Setelah menilai tahap kecederaan masing – masing, akhirnya Ali Pan dan Samad Darling mengambil keputusan untuk tidak memanjangkan kes tersebut sambil bersetuju untuk sama – sama berkongsi menampung kos membaiki kerosakan motorsikal mereka.
Jam 03.00 petang: Setelah bersetuju dan bersalam – salaman, tiba – tiba Samad Darling berkata “ Alamak, ke mana pulak perginya kereta aku “.
Kereta yang dicari oleh Samad Darling, ada di Singgah Le.. Foto & Nota..kita jumpa di sana....nizamhasan®.http://nizam-anakfelda.blogspot.com/p/foto.html
KALI INI CERITA BERGAMBAR...Tingkatkan daya imiginasi anda supaya lebih umph...HAIWAN KEBENCIAN ORANG TERENGGANU?????
BERUK: Kenalinya
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Beruk (bahasa Inggeris: Pig-tailed Macaque) merupakan salah satu daripada haiwan terlindung yang terdapat di banyak negara di Asia, termasuknya Malaysia, Indonesia, Thailand, Bangladesh, India, China, Burma, Laos, Kambodia. Nama saintifiknya Macaca nemestrina.
Malaysia merupakan salah satu daripada 12 negara yang telah diiktiraf sebagai kepelbagaian raya ("mega diversity") dari segi bilangan dan kepelbagaian flora dan fauna dengan 15,000 spesies pokok berbunga yang diketahui, 286 spesies mamalia, lebih daripada 1,500 vertebrat darat, lebih daripada 150,000 spesies invertebrat, lebih daripada 1,000 spesies rama-rama dan 12,000 spesies kupu-kupu, dan lebih daripada 4,000 spesies ikan laut.
BERUK: Ciri-ciri
Beruk adalah haiwan berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak sehingga mampu berdikari, dan mempunyai bulu di badan. Jantungnya terdiri daripada empat kamar yang serupa dengan manusia. Kamar atas dikenali sebagai atrium, manakala kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.
Beruk mempunyai tempoh bunting selama 5.7 bulan (170 hari). Ia mampu hidup selama 26 tahun. Beruk jantan biasanya mempunyai ketinggian 495 - 564 mm, sementara beruk betina pula mempunyai ketinggian antara 467 hingga 564 mm.
Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.
BENARKAH BERUK ADALAH HAIWAN KEBENCIAN ORANG TERENGGANU ?
Jawapannya: YA.
Sebab dan Dalil:
1. Setiap kali digigit nyamuk, orang Terengganu akan berkata; ” MENATANG BERUK NYAMUK NIH, MU GIGIT AKU”.
2. Setiap kali marahkan kawannya, orang Terengganu akan berkata; “ MENATANG BERUK MAMAT NIH, PUAS AKU TUNGGU, DOK MARI – MARI “.
Nota Kaki: MENATANG = BINATANG.
FIKIRKANLAH………………BETAPA BENARNYA FIKIRANKU…HA HA HAH. nizamhasan®.
BERKELUARGA ANGKAT DI KELANTAN….
( Untuk lebih umph..baca dalam loghat Kelantan ).
Siangnya Pak Ali menerima Anak Angkat dari Indonesia menerusi program pertukaran pelajar Asean.
Malamnya, Pak Ali dan keluarga mengadakan jamuan istimewa untuk anak angkat mereka. Walaupun layanan keluarga Pak Ali begitu mesra, Anak Angkatnya kelihatan malu – malu untuk menjamah makanan. Lantas Pak Ali menghulurkan lauk sambil berkata “ makan ayam ni “. Anak angkat menjawab “ bisa “. “ Oh..bisa, tak boleh makan ayam ni” lalu Pak Ali pun mengeluarkan piring ayam daripada dulang hidangan.
Seterusnya, Pak Ali menghulurkan pula ikan bakar sambil bertanya “ ikan boleh ke?, ikan kembung tak bisa ni”. Anak Angkat menjawab “ bisa “. “ Oh..ikan pun bisa jugak ke?” tanya Pak Ali sambil mengeluarkan piring berisi ikan bakar dari dulang hidangan.
Sedang Pak Ali menggaru – garu kepala memikirkan apa lauk yang tidak bisa dan boleh dimakan oleh Anak Angkatnya, isteri Pak Ali menghulurkan sebuah piring berisi sesuatu kepada Anak Angkatnya sambil berkata “ cuba yang ni pulak”.
Sambil tersenyum, Anak Angkat tersebut menyambut piring berkenaan dan terus mendekatkan hidung untuk menikmati aromanya sambil berkata “ TAK BISA , TAK BISA , TAK BISA “.
Sambil tersenyum, Anak Angkat tersebut menyambut piring berkenaan dan terus mendekatkan hidung untuk menikmati aromanya sambil berkata “ TAK BISA , TAK BISA , TAK BISA “.
Dengan rasa riang dan syukur, Pak Ali terus berkata “ kalau dah TAK BISA, makanlah nasi berlaukkan BUDU tu’’………………………
Di INDONESIA: BISA MAKNANYA BOLEH.
nizamhasan®.