Jumlah Paparan Halaman

4.3.17

TAHNIAH & TQ SEMUA YANG SETIA.....

Tujuh perlawanan tanpa kalah. Tujuh perlawanan tanpa seri. Tujuh perlawanan dengan tujuh kemenangan. Maknanya, setakat ini, sudah tujuh lawan yang terkucil di kaki dan tangan NS. Dah macam dailog Seniman Bujang Lapuk pulak.

Kali ini, bukan soal pasukan yang mahu aku sorotkan. Sebaliknya, aku mahu kongsikan betapa terujanya, ghairahnya dan bersemangatnya para PSNS dan SNS terhadap kebangkitan pasukan NS musim ini.

Lihat ini;
Enam perlawanan di Paroi telah berjaya menggamit lebih tiga puluh ribu penonton untuk datang.

Aku tahu, bukan semua perlawanan berlangsung semasa cuaca elok. Bukan semua perlawanan berlangsung semasa poket kembung. Bukan semua perlawanan berlangsung semasa perut kenyang.

Yang sukarela hadir dengan ikhlas demi pasukan kesayangan biarpun terpaksa " mengikat perut ", TAHNIAH dan TQ semua.

CUIT SIKIT:

Buat PBNS, jangan ulangi kesilapan lalu. Sayangilah PSNS dan SYS yang sering bersama di saat senang dan susah.

HOBEN JANG HOBEN!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH