Biasanya pegawai atasan Felda yang berkhidmat di jabatan Sumber Manusia memang popular di kalangan kakitangan tetapi tidak di pihak peneroka.
Justru, Tuan Haji Abidin Abd. Rahman adalah satu nama yang agak popular di kalangan kakitangan FELDA sejak sekian lama. Mereka yang biasa dengan orang Terengganu ini, pastinya menyebut nama Tuan Haji ini sebagai Aji Bidin setiap kali bersembang sesama sendiri.
Jawatan terkini pemegang nama ini adalah Timbalan Pengarah Besar [ Pembangunan Komuniti ] FELDA. Hiraki keempat di kalangan top four BIG BOSS FELDA, selepas Pengarah Besar, Timbalan Pengarah Besar [ Perladangan & Perkebunan ] dan Timbalan Pengarah Besar [ Pengurusan & Kewangan ].
AJI BIDIN sedang menyempurnakan kerja membaja seusai menanam pokok sempena lawatan beliau ke Felda Jelai 2. |
CUIT SIKIT:
Menurut sumber di satu laman facebook kakitangan Felda, khabar terkini berkaitan AJI BIDIN, adalah khabar yang agak mengejutkan.
Menurut laporan itu yang aku percaya amat benar dan tepat, Aji Bidin akan dipoolkan di JPA. Lebih kurang masuk peti ais jugaklah tu. Sejuk, dingin dan membeku sifatnya nanti.
Mengapa Timbalan Pengarah Besar [ DDG ] ini dihantar ke JPA? Ini semua adalah tindakan susulan kepada sesiapa sahaja yang mempertikaikan kerja dan usaha mengapungkan saham Felda di Bursa Malaysia.
AKU BERHARAP berita ini amat tidak benar sama sekali. Kepada pembaca yang budiman, sekiranya anda mengetahui akan duduk perkara sebenar, berikanlah komen anda.
Nota kaki:
Inilah posting yang berkaitan
Hari ini TSI bertindak gila & kejam ala Nazi, ala Fir'aun....seorg
lagi sahabat kita yg berjuang dibarisan hadapan menentang penipuan &
penindasan keatas keluarga Felda telah disingkir dari jawatan DDG, Sdr. Abidin
dimasukkan ke pool JPA..oleh itu sama2 lah kita keluar berjuang demi kebenaran
& keadilan...ayuh sahabat2 yg berfikiran rasional pertahankan maruah
kita......... ALLAHUAKBAR>
Suka · · Turuti post · Semalam pada pukul 10.04 ptg
sekadar berkongsi..
BalasPadamaku bekas pelajar asrama felda JB semasa Aji Bidin menjadi pengurus asrama itu. aku memang memandang tinggi terhadap beliau semenjak beliau di ASBJB lagi hingga aku tau beliau sudah menyandang jawatan sbg DDG.tadi aku berkunjung ke Wisma Felda dan cuba mencari beliau di pejabat beliau. tapi beliau tidak ada. sekali pandang, pejabat beliau mmg tidak layak utk seorang yang banyak berjasa kepada Felda seperti beliau. Bayangkan dari Pej Timbalan Pengarah Besar, kini beliau ditempatkan di satu sudut yang kita tidak terfikir sama sekali....di LIBRARY Wisma Felda. Ya, di perpustakaan. yang sunyi sepi, sejuk dan beku. sayu aku akan keadaan ini kerana aku tahu beliau di"perkosa" hak bersuara oleh pihak tertentu. Buat Aji Bidin, kebenaran akan terserlah jua. terima kasih atas jasa- jasa Aji selama ini. Doa org yg teraniaya pasti makbul. Bersabarlah Aji Bidin...