Jumlah Paparan Halaman

27.12.11

MAK.....

Khabarnya, Khamis 5 Januari 2012 adalah tarikh yang akan menentukan halatuju sebenar usaha untuk mengapungkan  saham FELDA.

Lebih seribu perwakilan akan berhimpun di KL untuk melunaskan satu perkara yang sah menurut undang - undang dan akta. YA! Mesyuarat Agung Khas [MAK] Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad [KPF], akan berlangsung pada tarikh itu.

MAK atau EGM [bahasa orang kampung aku], bertujuan untuk mendapatkan kata putus ahli - ahli KPF menerusi perwakilan mereka. Samada bersetuju untuk berkata ya atau bersetuju untuk berkata tidak.

Aku fikir, inilah masa dan harinya, kewibawaan peneroka dan kakitangan yang menjadi perwakilan itu akan teruji. Selama ini, mereka yang bergelar perwakilan ini, hanya menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan [MAT], untuk meluluskan dividen dan bonus KPF yang lumayan sahaja.

Kali ini, para perwakilan perlu menggunakan akalbudi dan kecerdasan minda masing - masing. Kali ini, sebarang keputusan yang dibuat pada 5 Januari itu akan melibatkan masa hadapan semua ahli dan para pewaris mereka.

Masa hadapan KPF dan para pelaburnya adalah bergantung kepada suara majoriti perwakilan.

CUIT SIKIT:

Di kala ini, Dato Dzul selaku Pengerusi KPF berada di London. Siapakah mahkluk Tuhan yang akan mempengerusikan MAK itu nanti?

Itu juga adalah satu perkara yang menarik untuk kita ambil tahu.

Tidak boleh sembarangan orang dilantik sebagai PENGERUSI MESYUARAT itu kerana ianya mungkin bercanggah dengan Akta Koperasi.

Jika ada pihak yang sesuka hati melantik diri sendiri sebagai Pengerusi sedangkan mereka tiada kelayakan untuk berada di situ, maka dengan sendirinya, sebarang keputusan mesyuarat, tidak boleh digunapakai.

Kepada perwakilan, gunakanlah kepala cerdik anda bukannya kepala lutut dan 'kepala yang berada di kawasan berhampiran dengan dengannya' untuk membuat keputusan.

Jika aku berpeluang untuk berkata, AKU akan KATAKAN TIDAK kepada usaha pengapungan saham FELDA ini.

Sebabnya, ini hak kita dan selama puluhan tahun telah memberikan pulangan yang baik, buat apa kita hendak berkongsi dengan orang lain?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH