Jumlah Paparan Halaman

1.12.11

PERIBAHASA DAHULU, KINI & SELAMANYA.....

Patriotik dan Retorik ada di sini;
 

CUIT SIKIT:

Peribahasa dahulu;

LEMBU PUNYA SUSU, SAPI DAPAT NAMA.

Maknanya:

Kerja / Projek Dilakukan Oleh Orang Lain, Apabila Berhasil Orang Lain Yang Mendapat Pujian.

Punca:

Ianya merujuk kepada hasil tenusu yang digelar minyak sapi. Yang popular adalah minyak sapi, walhal, minyak sapi itu adalah hasil hiliran kepada susu lembu.

Peribahasa Sekarang:

LEMBU PUNYA PROJEK, SHARIZAT [KAK IJAT] DAPAT BALA.

Maknanya:

Projek Lembu Fidlot Gemas [Gemas NFC] Adalah Projek Suami dan Anak Sharizat , tetapi KAK IJAT Yang Mendapat Tempiasnya.

Punca:

Projek Gemas NFC adalah satu lagi projek kroni yang gagal dan mengelirukan hala tujunya.

Nota kaki;-

Projek ini asalnya adalah idea YAB MB Negeri Sembilan. Ianya dinamakan Lembah Daging [ Beef Valley ] di bawah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan.

Ianya bermula sekitar tahun 2005. Antara pihak yang awalnya bakal mendapat tapak di situ adalah FELDA FARM PRODUCTS SDN. BHD. Khabarnya, para peneroka FELDA yang menternak lembu dengan skala besar di kawasan berhampiran juga, bakal mendapat faedahnya.

Sekitar tahun 2006, tiada lagi kedengaran Beef Valley. Semasa Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Sembilan 2009, aku yang semasa itu bertugas di Suara Felda Radio Malaysia Negeri Sembilan, sempat membeli hasil keluaran Gemas NFC pada harga promosi.  Ok jugaklah kualiti dagingnya.

Tahun 2011, tiba – tiba muncul laporan Ketua Audit Negara 2010, berkenaan kegagalan projek NFC di Gemas.

Patutlah Beef Valley hilang ghaib begitu sahaja. Rupa – rupanya, ada kisah di sebalik cerita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH