Jumlah Paparan Halaman

21.12.11

CERITA DUKA DI ANJUNG FELDA.....

Kata seorang ahli facebook VETERAN FELDA, ada 10 perkara yang dipertahankan oleh Pengerusi dan Setiausaha KPF dan menyebabkan kedua - duanya tersingkir dari WISMA FELDA dan juga ANJUNG FELDA, Kuala Lumpur.

2 org pegawai tertinggi Felda yg juga merupakan Pengerusi & Setiausaha Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPF yg dimiliki peneroka & kakitangan Kumpulan Felda); iaitu DG( Dato'Dzulkifli Abd Wahab- Pengerusi KPF) & DDG( En.Abidin Abd. Rahman-Setiausaha KPF) telah disingkir dari badan pengurusan Felda kerana ketegasan mereka mempertahankan hak & tuntutan ekuiti KPF dalam pra-penyenaraian Felda Globle Ventures Holdings(FGVH).
SEKARANG. KPF menguasai 51 % ekuiti syarikat kumpulan Felda.
AKAN DATANG. Cadangan penstrukturan yang menyebabkan ekuiti KPF bukan lagi 51 %.
Menurut laporan ahli VETERAN FELDA berkenaan,
KPF tidak pernah menentang pelupusan 51% ekuitinya dalam Felda Holdings Berhad dan melabur didalam FGVH, tetapi KPF tidak bersetuju dengan tawaran yg tidak adil dan cara FGVH memperdayakan KPF.

Lembaga KPF menegaskan bahawa KPF perlu terus memegang 51% kepentingan ekuiti (majoriti) dalam FGVH selepas penyenaraian. Nisbah ini menepati ucapan YAB Dato' Seri Mohd Najib, Perdana Menteri Malaysia semasa Pembentangan Bajet 2012 pada 7 Oktober 2011 yg menjanjikan " Walau apa pun, hak dan faedah peneroka akan terus dipelihara melalui pemilikan majoriti saham oleh Koperasi Permodalan Felda".

CUIT SIKIT:
Bertanya dan bercanggah pendapat adalah sesuatu yang normal. Samada ianya di peringkat keluarga mahu pun di peringkat organisasi.
Sekiranya anda dipertanggungjawabkan supaya menjaga kepentingan awam, maka sewajarnyalah anda mempertahankan kepentingan tersebut waima diri anda menjadi kambing korban.
Di bawah kepimpinan dua watak penting di Wisma Felda inilah, KPF telah berjaya melabur di beberapa syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia seperti;
Mah Sing Group Berhad, Teo Seng Capital Bhd, Power Root Berhad, Pantech Group Holdings Berhad dan MSM Malaysia Holdings Berhad.
Kerana mempertahankan ketuanan kita semua sebagai pelabur KPF, Dato Dzul terpaksa dan dipaksa menuntut ilmu di London manakala Aji Bidin belayar di JPA, Putrajaya.
Terima kasih buat Pengerusi dan Setiausaha KPF yang menjunjung prinsip dan integriti yang disemai FELDA sekian lama. Dalamasa yang sama, wajarkah kita sebagai PELABUR, tunduk kepada desakan pihak PELEBUR?
Jika pihak di BALAI FELDA itu ikhlas dan benar, mengapa perlu kepentingan KPF digadaikan? Juga mengapa perlu Pengerusi dan Setiausaha KPF disingkirkan?
ADAKAH INI yang dikatakan tidak dapat tanduk, telinga dipulas. Tidak dapat menyahkan PAK SAM kerana dia peneroka dan tuan tanah, maka Dato Dzul dan Aji Bidin yang menjadi korban. Bagaimana pula nasib Tuan Haji Suhaimi selaku Bendahari KPF?
Semoga, kebenaran akan terserlah secepat mungkin. Doakanlah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH