Jumlah Paparan Halaman

25.9.15

SEJARAH TERCIPTA DI NILAI.....

Tanpa ramai menyedari kerana publisiti hampir tiada sebelum sepakmula, anak - anak gadis Malaysia telah mencipta sejarah sendiri.

Kini, Malaysia berada di empat tangga teratas peringkat Asia dalam sukan futsal. Semoga ada sesuatu yang boleh kita banggakan.

Kejohanan yang dianjurkan buat kali pertama ini tidak diberikan banyak publisiti. Mungkin kerana yang bermain itu perempuan.

Tetapi, setelah layak ke Separuh Akhir, aku fikir kesedaran awam semakin jelas terhadap kejohanan ini.

Kunjungi Bandar Baru Nilai dan kenali Dik Yah dan geng.

CUIT SIKIT:

Selamat Maju Jaya buat skuad futsal pompuan negara. Nak harapkan skuad bola jantan negar dan NS, tak dapeklah kito bersorak.

4.9.15

TQ UAE....

CUIT SIKIT;

Selepas belajar dengan Spurs, Liverpool, Timor Leste dan Palestine, Harimau Malaya yang diuruskan oleh Datuk Hamidin dan dilatih oleh Dollah Salleh, akhirnya menemui jalan benar lagi lurus.

Mereka akhirnya menemui kebenaran betapa bagusnya mutu bola sepak Malaysia. Jika tidak kerana belajar dan berguru dengan kelab EPL hari tu, mahu bolos 20 gol hari ni.

Kerana bagusnya pembelajaran dengan Liverpool ada 3 pemain Selangor bakal dihukum. Kerana bagusnya perlawanan sarkas itu, hari ini Malaysia berjaya membuat sarkas  di Abu Dhabi.

Rekod DUNIA mungkin juga telah dicipta oleh Malaysia apabila TIGA penjaga gol bermain secara bergilir - gilir. Maknanya, daripada 3 pertukaran yang dibenarkan, dua adalah penjaga gol. Tak pernah dibuat orang selama ini.

Orang dah kata sarkas, Tuk Midin kata tidak. Hari ini terbukti Tuk Midin menjadi Pengurus SARKAS yang paling berjaya di Malaysia.

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH