Menjelang Tahun Baru Cina 2011, beberapa negeri di landa banjir yang agak teruk. Namun, kita masih beruntung, kerana banjir itu usai dengan segera. Yang tinggal sekarang hanyalah kesan – kesan serta himpunan sampah sarap dan lumpur tinggalan banjir berkenaan.
CARTA TERKINI LIGA SUPER 2011 |
Negeri Sembilan, dilanda banjir yang agak teruk, terutamanya di sekitar pekan Gemas, pekan Rompin, Pasir Besar, Felda Sungai Kelamah dan Felda Palong Satu.
Mungkin banjir berkenaan ada kaitannya dengan tindakan pasukan bolasepak Negeri Sembilan yang muncul pendahulu Liga Super selepas dua perlawanan, menurunkan bukan satu, tetapi enam orang pemain yang tidak berdaftar. Terkejut? Aku bukan berbohong, anda bacalah sendiri….
DUA CATATAN BERBEZA: YANG MANA BETUL? |
KEJAYAAN KEDUA NS, MENEWASKAN T-TEAM 3-1 |
CUIT SIKIT:
Pengalaman selama lebih tiga tahun sebagai penyiar radio, mengajar aku supaya mencari berita langsung daripada personaliti atau agensi berkenaan atau daripada sumber rasminya seperti laman web dan portal rasminya. Mengambil maklumat daripada facebook atau laman sosial yang lainnya, adalah dibenarkan tetapi hanya boleh disiarkan setelah sahih dan pasti itu adalah kenyataan yang datang daripada pihak berkenaan.
Dalam kes ini, Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan tiada laman web atau portal rasmi. Itu bukan perkara pokok. Jika persatuan negeri tiada laman web, maklumat pasukan negeri berkenaan masih boleh di cari menerusi laman web rasmi Persatuan Bolasepak Malaysia [FAM]. Dan, sebagai badan induk bolasepak Negara, laman web FAM dan semua laman pautannya adalah suara rasmi bolasepak Negara. Betulkan? Apabila ditemui fakta yang bercanggah ini, laman web atau portal yang mana benar dan boleh dipercayai?
Jika anda berada di Persekutuan Bolasepak ASEAN [AFF] atau di Konfederasi Bolasepak Asia [AFC] atau di Persekutuan Persatuan Bolasepak Antarabangsa [FIFA], anda pasti akan merujuk laman web FAM dan menganggap yang tertera adalah benar.
Tetapi, jika anda tahu seperti yang aku tahu bahawa sekretariat FAM telah lama tidur dan mungkin turut hanyut bersama – sama banjir baru – baru ini, sampaikanlah catatan ini kepada ORANG PAHANG yang menjaga FAM, dan juga ORANG KELANTAN yang menjaga Malaysian Super League itu.
Kemaskinilah laman web dengan data yang betul, sebab itu adalah rekod semasa. Jika ada diantara pemain itu yang ingin diintai oleh pasukan luar atau pun penaja peribadi, mereka pastinya menjadikan laman web sebagai rujukan pertama.
Dan....
MALUNYA KITA WEH..RUMAH BOLASEPAK KITA BERSEPAH, TUAN RUMAHNYA PULAK, HANYUT DEK BANJIR!!!!! APO DEMO NOK KATO?????
waktu Mesir lewat 1 jam daripada waktu MAKKAH di sebelah kiri anda.
TERKINI DI MESIR:
dah lamo sey nak ckp bondo ni bang....hehe
BalasPadam