SUNGAI PAHANG BANYAK MEMBERIKAN SUMBER REZEKI KEPADA PARA PENDUDUK KAMPUNG TRADISONAL KHUSUSNYA YANG MENDIAMI KAWASAN BERHAMPIRAN TEBINGNYA.
SEJAK SEKIAN LAMA, NELAYAN SUNGAI ADALAH SALAH SATU PEKERJAAN TETAP PENDUDUK BERKENAAN. ARWAH ATUK AKU YANG PERNAH BEKERJA DI TEMERLOH, PERNAH BERCERITA, DI SEKITAR TAHUN 50'AN, PARA NELAYAN SUNGAI PAHANG INI ADA YANG BERSAHABAT DENGAN HANTU AIR BAGI MEMBOLEHKAN MEREKA MENDAPAT TANGKAPAN IKAN KELAS SATU SEPERTI PATIN BUAH DAN PATIN MUNCUNG. ITU PADA TAHUN 50'AN. SAHIH? KALAU ARWAH TU MENIPU, MAKA MEMBOHONGLAH AKU.
ZAMAN BERUBAH, TEKNOLOGI PERIKANAN BERTAMBAH BAIK. HARI INI, DI SEPANJANG SUNGAI PAHANG, KHUSUSNYA DI DUN KERDAU, MASYARAKAT NELAYAN SUNGAI INI, TIDAK LAGI SECARA TRADISINYA, MEMPERTARUHKAN NYAWA TURUN KE SUNGAI DAN BERSAHABAT DENGAN HANTU AIR UNTUK MENDAPATKAN IKAN PATIN.
HARI INI, MEREKA HANYA PERLU TURUN KE PINGGIR SUNGAI DAN BERDIRI DI SANGKAR UNTUK MENDAPATKAN IKAN PATIN. SUNGGUH MUDAH, SELAMAT DAN SELESA.
WALAU BAGAIMANAPUN, SAMADA IKAN PATIN ITU, IKAN LIAR [ORI] ATAU PUN IKAN PATIN SANGKAR, MASAKAN TERBAIK UNTUKNYA ADALAH GULAI PATIN
ASAM TEMPOYAK SEPERTI INI:
CUIT SIKIT:
MASAKAN GULAI PATIN ASAM TEMPOYAK ITU ENAK DIMAKAN BERSAMA - SAMA NASI PANAS DAN BOLEH DIDAPATI DI MANA JUA WARUNG, GERAI DAN RESTORAN DI SEKITAR TEMERLOH DAN KERDAU.
TIPAH TERTIPU LAGI DAN LAGI:
TIPAH TERTIPU LAGI DAN LAGI:
NAMUN, BUAT ANDA YANG PERTAMA KALI KE TEMERLOH ATAU KERDAU, ANDA MUNGKIN AKAN MENIKMATI GULAI PATIN SANGKAR ASAM TEMPOYAK TETAPI MEMBAYAR ATAU DIBAYAR HARGA GULAI PATIN ORI ASAM TEMPOYAK.
SEBABNYA, JIKA DITANYA TAUKEH WARUNG, GERAI MAHU PUN RESTORAN SAMADA IKAN PATIN ITU ORI ATAU TIDAK, PASTI MEREKA MENJAWAB, ITU PATIN ORI..
MEREKA TIDAK SALAH MENJAWAB SOALAN ATAU PUN MENIPU PELANGGAN SEBABNYA MEMANG PATIN ITU ORI, TAPI ORI DARI SANGKAR LE..
BUKAN SELALU DAPAT NIKMAT PRK NI. TAK GITU GHODONG? KE GUANE?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan