Jumlah Paparan Halaman

1.3.11

BILA PATIN MELOMPAT SANGKAR.....

CUIT SIKIT:

Bila Patin dah melompat sangkar, tiba - tiba turun 10 juta. Kerdau mencipta sejarah PRK tahun ini kerana hari pertama kempen pilihanraya, YAB PM turun sendiri memberi janji. Kebiasaannya, Presiden BN / PM tidak akan terlibat dengan pilihanraya kecil. Yang bermandi peluh dan karenah di pilihanraya kecil ini biasanya Timbalan Presiden / TPM. Semasa PRK DUN Tenang, YAB PM turun sebelum hari penamaan calon.

Tapi, itukan dah lama di rancang, kebetulan pulak tarikh itu tiba - tiba menjadi hari pertama kempen pilihanraya kecil DUN Kerdau. Nak buat macamana. Lantak deme la..Lompatan patin yang agak luar daripada kebiasaan tu..
 II
ENAKNYA GULAI MASAM PATIN PAHANG
CUIT SIKIT:

Bila Patin dah melompat sangkar, harga masakan ikan patin sangkar pun dah menjadi luar daripada kebiasaannya. Itu yang berlaku semasa PRK DUN Sanggang dahulu. Menjadi bahan tulisan di Mastika usai PRK tu.

Harap - harap kali ini, akan muncul juga cerita begitu di kala semua mahal ni. Maklum sahajalah, semasa PRK ni, bukan sahaja projek segera yang muncul, duit segera pun banyak.

atas kiri: patin muncung. bawah kiri: tapah di dalam akuarium.
kanan: TAPAH..saiz mulutnya dan saiz badan sipenangkapnya hampir sama.
Bila lagi PATIN nak menjadi TAPAH? inilah masanya

Panduan harga masakan patin di Temerloh
 oleh sahabat fb sdr Sallehhan Othman

III
Bila Patin dah melompat sangkar, aku merasa terharu kerana dalam sekitar EMPAT BULAN, menjadi blogger, tanpa disedari, aku mempunyai rangkaian pembacaku sendiri.
Terima kasih buat pembaca sekelian:-
kerana catatan ini turut mendapat perhatian di seluruh benua, kecuali di Antartika. Selama ini aku fikir, catatan aku hanya menarik minat puluhan pembaca serta bermain di dalam sangkar aku sahaja, rupa - rupanya ia dah melompat keluar. TERIMA KASIH.

IV

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH