Usai satu lagi Pilihanraya Kecil [PRK] kerana kematian Ahli Dewan Undangan Negeri. Mutakhir, PRK - PRK berkenaan melibatkan tanah rancangan yang diurustadbir oleh FELDA. Rancangan - rancangan yang terlibat ialah:
CUIT SIKIT:
BN nampaknya masih popular di kawasan FELDA, walaupun peratus sokongan di Kerdau berkurangan berbanding di Tenang. Johor dan Pahang manakan sama. Betulkan????
CUIT SIKIT:
BN dan FELDA saudara kembar. Tetapi biasalah, kasih saudara masa berada. Betulkan????
CUIT SIKIT:
Dengan macam - macam dapat dan macam - macam ada serta macam - macam boleh di FELDA, sokongan dari Warga FELDA buat BN sepatutnya, seharusnya, sewajibnya melebihi 95%. Teori S mengatakan baki 5% lagi tu adalah mereka yang tidak tahu apa yang mereka tidak tahu, dan tak mahu pula mengambil tahu. Golongan ini memang patut ditinggalkan.
Tetapi, kenapa di Kerdau hanya 71% Warga FELDA yang menyokong BN? Itu dah gred B KPI tu. Di Tenang masih lagi dapat A [86%]. Itulah penangan Warga FELDA terkini yang semakin lincah dan ligat tari politiknya.
Aku fikir, selagi projek Perumahan Warga FELDA di Jengka 11, di Jengka 19 dan di Triang 3 tu masih tak tahu hujung pangkalnya, selagi itulah silat dan tari politik Warga FELDA ni semakin licik. Tahniah anak muda FELDA. Teruskan berSILAT selagi tidak tercapai HAJAT.
Kok ada yang masih selesa dengan kemenangan di Kerdau dan berhajat untuk menyambung tidur, silakanlah. Tetapi, jangan pula terkejut dan pengsan sekiranya apabila anda bangun daripada tidur itu, keadaan di FELDA telah berubah, sehingga membolehkan anda tidur buat selamanya. Sebabnya, anak muda di FELDA dahagakan rumah mereka sendiri [itu janji lama anda], bukannya tenaga elektrik daripada tandan kelapa sawit. RENUNGKANLAH!!!!!
Lagi analisa di sini
Lagi analisa di sini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan