Jumlah Paparan Halaman

20.3.11

Pergi!! Main Jauh - Jauh, INI PKT punya.....


18 & 19 MAC 2011;-

Kedua - dua tarikh itu tiada apa yang istimewa kecuali kepada peminat, penyokong tegar dan pengikut perkembangan bola sepak Malaysia. Itu pun sekiranya pasukan kesukaan mereka masih berjuang pada tarikh berkenaan.

Pada tarikh itulah, ternoktah empat pasukan yang layak ke separuh akhir Piala FA Malaysia 2011, satu pertandingan kalahmati yang berakar umbi sejak tahun 1990 lagi. Satu pertandingan yang mementingkan strategi untuk menang walaupun hanya menerusi tendangan penalti. Pertandingan yang biasanya tidak akan menzahirkan jaringan gol yang banyak.

Meneliti, keputusan terkini, aku fikir lapan  pasukan yang bermain di peringkat suku akhir tahun ini, telah mempamerkan satu pendekatan luar biasa sehingga banyak gol dijaringkan di pertandingan kalahmati ini.

Di peringkat ini, lapan perlawanan yang membabitkan lapan pasukan secara timbal balas, 26 gol terhasil. Ini adalah petanda, pemain hadapan pasukan samada penyerang atau pemain tengah yang menyerang, mampu menyudahi peluang tercipta dengan jaringan walau pun, sebelum ini ada pasukan kehilangan Ketua Jurulatih kerana gagal menyudahkan sebanyak 26 peluang jaringan di Piala FA.

Sesuatu yang positif buat penonton untuk bersorak dan menjerit ke arah lawan masing - masing. 16 gol terhasil pada 15 Mac dan 10 gol terhasil pada 19 Mac. Perlawanan Pahang dan Kuala Lumpur pada 18 Mac, berakhir seri tanpa jaringan.


15/3
19/3
 J
KL
 1
 0
 1
lawan



PAHANG
 2
 0
 2




PERAK
 3
 1
 4
lawan
TERENGGANU
 2
 3
 5




SELANGOR
3
2
5
lawan
JOHOR
1
1
2




KELANTAN
2
3
5
lawan
FELDA Utd
2
0
2


Perlawanan peringkat separuh akhir akan berlangsung pada 13 Mei 2011 yang akan menemukan;

13 & 16 MEI
PAHANG
lawan
TERENGGANU

SELANGOR
lawan
KELANTAN


Perlawanan kedua akan berlangsung pada 16 Mei, manakala pertandingan akhir akan berlangsung pada 11 Jun 2011.

CUIT SIKIT:

Di pertandingan Piala FA ini, belum ada sebuah pasukan kelab yang menjuarainya. Nampaknya trend itu berterusan sehingga ke tahun ini. Badi kekalahan pasukan negeri kepada FELDA United juga sudah berakhir di Kota Bharu.

Bencana kalah kepada FELDA United di Piala FA sehingga menyebabkan Ketua Jurulatih meletak jawatan dan diberikan cuti rehat telah berakhir. Percubaan pasukan Liga Perdana ke separuh akhir juga tamat di Johor Bahru.

Jadi, maaflah kepada FELDA United dan Johor. Pergilah main jauh - jauh. Piala FA ini bukan gelanggang anda sebenarnya. Rujuk posting bertajuk MAIN ATAS BAWAH, Tengah Jangan Lupa....berkaitan ulasan aku berkenaan prestasi FELDA United di Liga Perdana yang belum teruji.

Maaf jugalah buat pasukan utara, tengah dan selatan, Piala FA kali ini bakal dikuasai oleh KUASA PKT. PKT? Iya PKT..tak percaya?????
MAAF SELANGOR: Liga Super mungkin milik anda. Piala FA, PKT yang
Piala FA, PKT yang punya..., PKT yang punya..., PKT yang punya..., PKT yang punya...

1 ulasan:

  1. ayat "kehilangan Ketua Jurulatih kerana gagal menyudahkan sebanyak 26 peluang" cukup TERASA...

    BalasPadam

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH