Jumlah Paparan Halaman

5.3.11

BUKAN SATU TAPI DUA.....

Bukan satu. Diulang, SATU. Tapi dua. Diulang, DUA.

Itulah perkataan paling tepat buat pembukaan catatan ini. Apa yang DUA, apa yang SATU. Isteri ke? "Dak aihh" kata orang Kedah. "Ontahlah" jawab orang Negeri Sembilan.

"GOOD BYE NS , BYE BYE KEDAH" kata PIALA FA MALAYSIA 2011 kepada dua finalis piala yang sama musim 2010.
NS Kuning, Kedah Hijau. 2 kapten di final 2010: hijaukuningnegeriku.blogspot.com

Yang pasti, tahun ini tidak akan ada lagi kelibat mereka berdua di pentas final Piala FA Malaysia. Rezal Zambery Yahya (kiri) telah berhijrah ke Johor FC. Shahrulnizam Mustapa pula kembali ke Perak.
Perak menang tiga gol kosong mengatasi Sime Darby FC dan layak ke peringkat suku akhir. Manakala Johor FC tewas satu gol kosong kepada Kelantan.

APA YANG TIDAK KENA?

Bacalah ‎Komen Penyokong Di Laman Sosial Facebook.

Negeri Sembilan:
2 piala ada lagikan. Kan kan kan
tp x dpt nk mempertahan kan kejuaraan piala FA 2..
‎5 pialo laa... pialo omeh rajo, pialo presiden, pialo fair play, pialo liga, pialo malaysia..heheh
jom kito buek satu fan page kek FB tajuk eh " KAMI MAHU FAIZAL ZAINAL UNDUR DARI PENGURUSAN PASUKAN N9"LOPEH TU PAKAT "LIKE" RAMAI2 NAK TAK... DH BYK LIKE TU SUH ADMIN N9 FUTBOL TUNJUK KEK TOKMAT..
nota: Faizal Zainal adalah Penolong Pengurus Pasukan dan mantan pemain Negeri Sembilan dan Malaysia.
Sepakan Penalti menjadi penentu final musim 2010. Di gambar, Halim Zainal [adik kepada Faizal Zainal].
flickr.com

Kedah:
ahmad yusuf seorang yang baik peribadinya tapi kmi sygkn psukan kmi klau ahmad yusuf kesian dan syangkan fan kdah kmi mnta jasa baik ahmad yusuf tolong letak jawatan
Rasanya Team Kedah memang perlu kepada pembaharuan dah.. Bukan Setakat Coahc.. Yang PALING PENTING LAGI.. PENGURUSAN Tertinggi KFA... Perlu Perubahan TOTAL...
ermmmm....kalah ja tukaq....kalah ja tukaq....nampak mcm x da kesimnabungan kejayaan tahun 2007,2008.....2009 dah mula down...2010 dan 2011 nampak lagi teruk......Presiden KFA kata x teruk lagi.....ermmmm ...tungguuuuuuuu.....PRU 13...hehhehehe
Kiri: Piala Malaysia. Tengah: Piala Liga Super. Kanan: Piala FA
YAB Menteri Besar Kedah bersama 3 Piala dalam satu musim.
Bukan sekali, tapi 3 musim berturut - turut Kedah sapu 3 Piala
penyokongsetiahijaukuning.com
 Laman wartawan sukan:
pusingan pertama dapat bye, pusingan kedua dh kena bye-bye, penyokong semua dh mula bebai, harap AY buat kerja cincai, dgn team felda pn kedah kena cabai.. ...Kami semua mahukan AZRAIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII..
Hampir 1000 penyokong Hijau Kuning berkumpul dihadapan Stadium Darul Aman,desak Jurulatih Pasukan Ahmad Yusoff letak jawatan...Mungkin AY bakal jadi jurulatih kedua bakal letak jawatan.Sama2 Kita Nantikan

 
nota: AY adalah Hj. Ahmad Yusof Ketua Jurulatih Pasukan Kedah dan mantan pemain Pulau Pinang, Pahang dan Malaysia.
CUIT SIKIT:
4 Mac 2011, telah berlangsung perlawanan pusingan kedua Piala FA Malaysia 2011. Di peringkat ini, aturan pertandingan adalah sangat sadis. Samada tuan rumah atau pelawat, jika kalah, bermakna mereka akan tersingkir daripada pertandingan. Tiada perlawanan timbal balik. Sungguh Kejam!

Secara kebetulan, Negeri Sembilan [NS] dan Kedah adalah dua finalis tahun lalu yang diberikan status "bye" di pusingan pertama. Kebetulan kedua ialah, NS dijadualkan bertemu pasukan Kuala Lumpur yang tidak dianggap pasukan kuat kerana hanya bergantung kepada pemain muda tanpa bintang terkenal negara.
NS Juara Piala FA 2010-fikri.blogspot.com
Kebetulan ketiga, Kedah pula bertemu FELDA UNITED yang baru dinaikkan pangkat ke Liga Super setelah muncul Juara Liga Perdana musim lalu. FELDA UNITED hanya mengharap kudrat kepada bekas - bekas pemain [bintang lama] yang pernah bermain untuk negara. Orang lama, kudrat mungkin kurang tetapi banyak pengalaman. Biasalah tu.

Kebetulan yang keempat ialah NS dan Kedah tewas kepada lawan masing - masing di arena mereka sendiri. Di hadapan penyokong fanatik mereka sendiri. Dan, tambah pedih ialah, tewas kepada pasukan yang lebih kerdil dan amat naif di kancah bola sepak negara.

Kedah tumpas satu gol kosong kepada FELDA UNITED. Manakala NS pula tewas 2-4  menerusi sepakan penalti setelah terikat 0-0 diperlawanan yang berlanjutan sehingga ke masa tambahan. Tu pasai la depa dan dio hangin satu badan tu...
Penyokong NS dan Kedah Merindui Saat Ini
Suasana di Stadium Nasional Bukit Jalil Menjelang Detik Sepak Mula Final 2010
shukriernie.blogspot.com
Carta Liga Super terkini. Berbaki 7 perlawanan untuk menamatkan pusingan pertama
AKU tidak mahu menambah garam kepada luka penyokong kedua - dua pasukan. Tetapi, dengan ramainya pemain berstatus bintang yang dimiliki oleh kedua - dua pasukan sekarang ini, NS dan Kedah seharusnya merenung kembali apakah masalah sebenar yang sedang menimpa pasukan mereka. Berdasarkan carta liga semasa, NS dan Kedah bukanlah tergolong di kelompok atas tetapi berada di lapan kelompok bawah. Itu bukan kedudukan yang sesuai untuk NS dan Kedah sebenarnya. "Bukan standard hang, jang oi!!", kata aku kepada kedua - duanya.

Mungkin pandangan peminat menerusi fb tu ada benarnya..FIKIRKANLAH!!!!!
BERUBAH SEBELUM PADAH.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH