15 Februari 2011: "Buang masa saya", kata YAB Dato Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan, Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan [PBNS] usai perlawanan Liga Super diantara Negeri Sembilan [NS] dan Felda United. Keputusannya, Felda United yang bermain 10 orang sejak penghujung babak pertama, menang satu gol kosong. Arena pertarungan bukan di Kuala Lumpur tetapi di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus. Penyokongnya?
4 Mac 2011: Pusingan kedua Piala FA mempertemukan NS dan Kuala Lumpur [KL]. Keputusannya, NS tewas 2-4 menerusi sepakan penalti, setelah terikat tanpa jaringan selama 120 minit permainan. Komen Wan Jamak selepas perlawanan, pasukan NS tidak bernasib baik kerana gagal menyempurnakan lebih 20 peluang terhidang. Dan tewas pula di penentuan sepakan penalti. Untuk rekod, NS adalah JUARA Piala FA 2010 yang mereka menangi setelah enam bulan sebelum itu, memenangi Piala Malaysia 2009.
12 Mac 2011: Perlawanan ketujuh Liga Super untuk semua pasukan dilangsungkan hari ini. NS bertemu Selangor di arena keramat mereka, STAR of Paroi [nama yang muncul di 'wall fb' Kelab E-Penyokong NS]. Jumlah penonton: lebih kurang 10 ribu orang. Keputusannya: NS 1 Selangor 2. Kedudukan Liga?
Siapa Pemain NS? Lihat dan kajilah sendiri....
Siapa Pemain NS? Lihat dan kajilah sendiri....
CUIT SIKIT:
Di hari perlawanan bertemu Selangor, Kosmo! menerusi sisipannya Rembat Kosmo!, telah menyiarkan temuramah dengan Ketua Jurulatih NS, saudara Wan Jamak Wan Hassan berkenaan isu kemerosotan prestasi pasukan NS. Sebahagian temuramah itu...
KATA AKU: Kalau tidak MERUDUM, kenapa tidak menang?. Prestasi pasukan bola sepak pastinya hanya diukur menerusi 3 fakta sahaja. Menang, Seri atau Kalah. Belum pernah berlaku, bola sepak dinilai seperti pertandingan nyanyian yang turut mengambil kira gaya persembahan atau "showmanship" [bahasa orang kampung aku].
KATA AKU: Kalau tidak MERUDUM, kenapa tidak menang?. Prestasi pasukan bola sepak pastinya hanya diukur menerusi 3 fakta sahaja. Menang, Seri atau Kalah. Belum pernah berlaku, bola sepak dinilai seperti pertandingan nyanyian yang turut mengambil kira gaya persembahan atau "showmanship" [bahasa orang kampung aku].
BACA LAGI:
Baca juga komen beliau selepas tewas kepada Kuala Lumpur pada 4 mac 2011:
Menurut Ketua Jurulatih Wan Jamak Wan Hasan punca utama kekalahan adalah faktor pemain yang tidak cukup cergas dan masih dibelenggu kecederaan sambil menafikan khabar angin terdapatnya masalah dalaman.
Beliau juga merasakan nasib tidak menyebelahi mereka kerana Negeri Sembilan gagal menterjemahkan 25 cubaan sebagai gol yang amat diperlukan sedang pasukan lawan hanya mempunyai 3 peluang sahaja….http://n9kini.com/?cat=12
KATA AKU: Tidak juga pernah berlaku, deretan peluang gol yang dilepaskan, dianggap sebagai gol. Tak tahulah, kalau era sekarang ini, terlepas peluang dan juga gaya persembahan turut diberikan markah untuk menentukan PEMENANG BOLA SEPAK?
KATA AKU: Dengan berbaki 19 perlawanan untuk menamatkan Liga Super musim ini, bangunlah Wan Jamak dan skuadnya. Tolonglah! Kasihanilah para penyokong anda yang datang jauh dari Gugusan Felda Palong dan Jempol itu. Mereka datang jauh, lebih dua ratus kilometer pergi balik. Bukan sedikit belanja peribadi yang mereka keluarkan demi menyokong pasukan NS. Mereka hadir dengan semangat mahu melihat NS menang. Bukan sekadar bermain cantik tetapi kalah.
JOMPO atau JEMPOL: Pekan Bahau pun dah 60 km dari Seremban. PALONG 13: Lebih 120 km dari Seremban. Walau pun jauh, Jompo dan Palong 13, setia menyokong NS |
ALAHAI ANAK OMAK.....Apa Lagi Kau Fikirkan? Sedarlah, kali terakhir NS mencipta kemenangan ialah pada 26 Februari 2011. Berhempas pulas menewaskan Sabah dengan satu gol kosong menerusi gol ini....
NS hanya menang 3 kali daripada 7 perlawanan. 2 daripadanya adalah di dua perlawanan awal. Kalau bukan prestasi merudum, apa maknanya? PRESTASI MEROSOT? Kah Kah Kah...... |
ALAHAI ANAK OMAK.....bangunlah, hari dah tinggi. Kasihanilah penyokong anda yang datang dari jauh. Jangan lagi hadiahkan mereka dengan kekalahan mulai 2 April ini. TOLONGLAH!!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan