MENUJU SEPARUH AKHIR;
14 Oktober akan menjelang esok. Samada yang berstatus nyawa ikan, bernafas dalam lumpur atau menghirup udara segar, lapan pasukan yang masih bertarung akan turun sekali lagi di suku akhir kedua Piala Malaysia 2011.
Selangor dan Terengganu yang selesa dengan kelebihan dua gol, akan meneruskan perjuangan di tempat lawan. Ipoh dan Kota Bharu pastinya tidak menjanjikan syurga buat pasukan pelawat. Kota Bharu mungkin panas sepertidi Kuala Terengganu tempohari. 'Upset' mungkin berlaku di Ipoh dan Kota Bharu.
T-Team yang pulang dari Kota Kinabalu dengan kelebihan satu gol masih boleh tewas dengan satu gol kosong. Tidak lebih tidak kurang. Kalau T-Team tewas dengan jumlah jaringan yang lebih besar, Sabah Sang Badak akan ke separuh akhir.
Paling menarik ialah pertemuan Negeri Sembilan [NS] menentang FELDA United. NS tewas dengan satu gol di pertemuan pertama, akan menjadi tuan rumah untuk pusingan kedua ini.Ketinggalan satu gol bukanlah masalah buat NS untuk mengatasi lawan. Kelebihan sokongan penonton akan memberikan keyakinan buat NS untuk mencapai kemenangan.
Siaran tertunda Astro Arena jam 11.00 malam 14 Okotber 2011 |
Malam esok adalah ujian setia buat warga FELDA NS. Kerajaan NS telah memberikan tanah buat menjadi harta dan pusaka. Bukan satu ekar. 10 ekar tanah dan suku ekar tapak rumah adalah satu jumlah yang besar. FELDA Palong Satu mendapat 12 ekar tanah. Memang bukan percuma, tetapi ia adalah dalam bentuk pinjaman mudah. Membalas jasa kerajaan negeri dengan menyokong pasukan bola sepak negeri adalah wajar.
Namun, sebagai agensi pemaju, FELDA tidak pernah pula menyusahkan penerokanya. Kecuali mereka yang begar dan totok degilnya, semua peneroka mendapat geran tanah masing - masing apabila bayaran kembali pinjaman dilunaskan. Wajar juga untuk anda menyokong FELDA United sebagi tanda terima kasih kepada agensi berkenaan yang banyak memberi duit raya dan duit naik sekolah sebelum ini.
Pasukan yang lebih "cool" dan berpengalaman akan ke separuh akhir.
CUIT SIKIT:
HANGAT sekiranya lebih 16 ribu peneroka FELDA di NS akan membuahkan sokongan yang bercampur baur. Sekiranya setiap rumah peneroka itu menghantar 3 orang penonton ke Paroi, sejumlah 48 ribu akan memenuhi Stadium Tuanku Abdul Rahman malam esok.
LEBIH HANGAT sekiranya setiap inci tempat penonton diisi oleh 50 ribu warga FELDA NS yang menyokong FELDA United.
YANG PALING HANGAT ialah, berita ura - ura perpindahan Aidil dan Zakuan ke Selangor musim hadapan. Sebagai rekod, kembar berkenaan telah lama ghaib daripada kesebelasan utama NS. Mungkin apa yang aku tulis menerusi KISAH PANAS DI MEDAN RAHANG sebelum ini, telah menampakkan kebenaran.
FAKTA MENARIK NS dan FELDA;
Dua penjaga gol NS adalah anak FELDA. Farizal Marlias berasal dari FELDA Jengka 19, Pahang. Farizal Harun pula adalah anak watan FELDA Palong Dua, Jempol, NS.
Lebih menarik, Dato Dzulkifli Wahab selaku Presiden dan Pengurus FELDA United adalah anak watan Johol, NS. Dengar khabarnya, Dato Dzul adalah salah satu calon serius untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri Johol di PRU 13 nanti.
Tambah menghangatkan suasana, Hamsani Ahmad yang selalunya cemerlang di pintu gol FELDA United, adalah anak FELDA LBJ,NS. Hamsani pernah menjadi penjaga gawang hebat buat pasukan NS.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan