Jumlah Paparan Halaman

29.10.11

PENONTON KENA BAIKI PADANG.....


Baik pulih padang sebab tiket naik
Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my
KUALA LUMPUR - Bukan sengaja mahu mencipta alasan, sebaliknya kos membaiki permukaan padang menjadi punca utama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terpaksa meletakkan harga tiket kepada RM 50 bagi semua tempat duduk untuk aksi final Piala Malaysia esok.
Menurut sumber FAM yang enggan didedahkan, jika mutu padang Stadium Shah dalam keadaan baik, harga tiket untuk menyaksikan pertembungan Terengganu dan Negeri Sembilan, mungkin dapat direndahkan.
"Kerosakan padang di Stadium Shah Alam terlalu serius dan 20 peratus daripada hasil penjualan tiket akan digunakan untuk menampung kos membaiki padang.
"Atas faktor tersebut, selepas berbincang dengan kedua-dua persatuan negeri, FAM berpendapat RM50 adalah jumlah wajar bagi membayar kos kerosakan padang yang saya sifatkan agak tinggi.
"Ini ditambah lebihan keuntungan penjualan tiket itu akan dibahagikan kepada Terengganu dan Negeri Sembilan yang bermain di perlawanan akhir.
"Orang ramai perlu faham, walaupun penyenggaraan Stadium Shah Alam bukan di bawah tanggungjawab FAM, tetapi kerana telah menyewa untuk perlawanan akhir Piala Malaysia, FAM harus membayar kos kerosakan padang, bukannya Majlis Banda Raya Shah Alam (MBSA), " kata sumber tersebut ketika di hubungi Utusan Malaysia, semalam.
Sumber FAM itu juga menjelaskan, terdapat sedikit tambahan dalam kos keselamatan untuk final di Stadium Shah Alam
"Pada tahun ini juga terdapat peningkatan dari segi penggunaan tenaga keselamatan iaitu daripada 1,600 pada tahun lalu di Stadium Nasional Bukit Jalil kepada 2,000 untuk final tahun ini.
"Jadi secara tidak langsung FAM terpaksa membayar kos keselamatan yang lebih berbanding sebelum ini, " ujarnya.
Sebelum ini, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, tiada cadangan untuk menurunkan harga tiket RM50 pada perlawanan akhir Piala Malaysia.
Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Ahmad Shah turut merayu supaya harga tiket dikurangkan.
Cuma isu tiket semahal RM50 sedikit reda di kalangan penyokong selepas Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) memberikan subsidi, sementara Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) hanya menjual sebanyak RM 30 kepada peminat setia Hobin Jang Hobin.
Baki sebanyak 5,000 tiket lagi akan dijual di Stadium Shah Alam esok.
CUIT SIKIT:
Setahu aku, adat orang menyewa ni mudah aje. Apa - apa kemusykilan berkaitan perkara yang disewa akan ditanggung oleh pihak yang empunya.
Jika pihak yang menyewa itu menanggung kos pembaikan di atas kemusykilan itu, kos itu hendaklah ditolak daripada nilai sewaan.
Dalam kes sewaan Stadium Shah Alam dan padangnya, sekali lagi tanggungjawab membaiki padang adalah di bawah pihak PBT iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam selaku pemegang amanah menjaga stadium berkenaan. Mungkin MBSA tiada bajet untuk membaik pulih rumput di padang stadium yang mahal tu.
Gamaknya, ekoran daripada ketiadaan bajet itu, aku fikir pihak MBSA telah menurunkan tanggungjawab untuk membaik pulih padang kepada Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM yang diPengerusikan oleh Datuk Hamidin Mohd. Amin selaku Setia Usaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor [FAS].
Aku fikir dalam hal ini, langkah menaikkan harga tiket final ke paras RM 50.00 adalah kerana adanya peranan FAS yang cuba menumpang tui untuk menggunakan kesempatan mendapatkan bajet membaiki padang menerusi jualan tiket final Piala Malaysia 2011.

Kerana itu, ketika sidang akhbar Isnin lalu, Setia Usaha Agung FAS itu turut mengumumkan Stadium Shah Alam akan ditutup sehingga Mac 2012 bagi kerja - kerja membaikpulih padang. Sesuatu yang ganjil sebenarnya. Sebabnya, beliau bukanlah Yang DiPertua MBSA selaku pihak yang sepatutnya bertanggungjawab kepada stadium berkenaan.

MAKA, akhirnya terjawablah kenapa dan mengapa FAM berkeras tidak akan menurunkan harga tiket walau pun mendapat teguran daripada Menteri Belia dan Sukan serta kedua - dua Timbalan Presidennya.

LEBIH teruk apabila wakil kedua - dua persatuan bola sepak negeri yang layak ke final ini, turut bersekongkol untuk menyusahkan penyokong mereka sendiri. Nasib baiklah kedua - dua negeri berkenaan mempunyai YAB MENTERI BESAR yang prihatin dan faham erti susah bagi rakyat jelata yang masih menyokong bola sepak MALAYSIA.

Lain kali kalau dah tahu sukarnya menjaga mutu padang bola sepak, JAGALAH sebaik mungkin dan jangan biarkan ia menjadi seperti ini.....

1 ulasan:

  1. 1. penambahan petugas keselamatan. dl 1600. sekarang 2000. bukan sikit, penambhan 25%. nampaknya perlawanan tganu vs n9 dijangka lebih panas dr kelantan vs n9 (berdasarkan jumlah petugas sedangkan stadium lebih kecil).

    2. 20% kos baiki padang. tinggal lg 80%. terengganu bg subsidi 50% dan n9 gunakan dana utk byr 40%. mengikut FAM, baki akan dibahagi kpd kedua2 team. masalahnya, baki tu dpt ke cover balik pemberian subsidi dan dana tu? jawapan aku: tak mungkin! so, siapa yang untung? jawapan aku: FAS, MBSA dan hamidin.

    # yang tersirat: subsidi yang sepatutnya dimanfaatkan oleh rakyat terengganu dan dana untuk pembangunan bola sepak negeri sembilan telah diambil oleh FAS/MBSA untuk baiki padang mereka.

    Wallahualam.

    BalasPadam

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH