PANAS! PANAS! PANAS!
Sah dua pasukan yang sepatutnya bertemu di final, mencetuskan suasana panas di peringkat suku akhir ini.....
Kuala Terengganu menjadi medan panas di bangku penonton dan di tengah padang.
Menurut laporan Astro Arena, daripada 22 pemain yang memulakan perlawanan, hanya 17 yang berjaya menamatkannya. 5 pemain terpaksa keluar padang angkara KAD MERAH. Kelantan memperolehi 3 kad merah menerusi Shakir Saari, Daudsu Jamaludin dan Aziz Ismail. Manakala Terengganu pula mendapat 2 melalui Ismail Faruqi dan Zubir Azmi. HEBATNYA!
Jumaat ini, perlawanan timbal balas memungkinkan lebih banyak kad merah dikeluarkan oleh Pengadil.
Lain- lain keputusan.....
CUIT SIKIT:
Tanpa diduga, dua pasukan kelab yang bernama Terengganu T - TEAM dan Kuala Lumpur FELDA UNITED, menang perlawanan masing - masing.
Dengan segalanya mungkin, Jumaat 14 Oktober ini, bakal menjadi pemutus empat pasukan ke separuh akhir. Kecuali Negeri Sembilan dan Sabah, pasukan yang kalah malam ini, berjaya mendapat gol penting di tempat lawan.
Gol tempat lawan amat penting untuk menjadi pemutus sekiranya keputusan secara agregatnya sama.
Teruskan episod panas Piala Malaysia 2011 di sebalik kelesuan persembahan pasukan kebangsaan di Sidney, Australia baru - baru ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan