Jumlah Paparan Halaman

7.10.11

KE BUKIT JALIL.....



10 oktober ini, akan bermula satu perjalanan baharu buat lapan pejuang yang masih bernyawa.


Tatkala lapan pejuang lain gugur menyembah bumi, lapan yang masih bernyawa ini akan memulakan perjuangan dalam aspek dan senario baharu. Tiada lagi pemburuan untuk mendapatkan banyak gol. Hanya satu misi, menang dengan cara biasa atau cara luar biasa. Yang penting, MENANG.


Cara biasa ialah menang menerusi masa sebenar atau menerusi masa tambahan. Cara luar biasa ialah menang menerusi penentuan sepakan penalti. Bertambah luar biasa sekiranya ada pasukan yang menang menerusi keputusan kontrovesi Si PENIUP WISEL.....

Jadual Suku Akhir



CUIT SIKIT:

3 pasukan pilihan utama, Kelantan, Terengganu dan Selangor; 3 pasukan pilihan kedua, Perak, Negeri Sembilan dan T-Team; dan 2 pasukan pilihan ketiga, Sabah dan Felda United; semasa undian masih bernyawa untuk bersaing mencari dua tempat ke Bukit Jalil.

Kedah,pilihan utama kumpulan A dan Johor FC, pilihan kedua kumpulan C menjadi mangsa "upset" Piala Malaysia kali ini.

Yang pastinya, di Kuala Terengganu pada 10 Oktober dan di Kota Bharu pada 14 Oktober ini, ada pesta yang akan disemarakkan oleh Kelantan dan Terengganu. Sebab itu, awal - awal lagi pihak berkuasa bola sepak sudah memberikan amaran kepada penyokong tegar masing - masing supaya tidak membuat onar di stadium.

Tapi, aku percaya, onar penyokong pasti berlaku, samada di Kuala Terengganu atau pun di Kota Bharu. Kalau tidak membuat onar, bukanlah penyokong Kelantan dan Terengganu namanya.

Akhirulkalam, semoga Felda United tidak terganggu dengan kontrovesi KPF yang melibatkan Presiden dan Pengurus mereka baru - baru ini.


SELAMAT BERJUANG BUAT LAPAN PASUKAN TERBAIK PIALA MALAYSIA 2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH