Jumlah Paparan Halaman

16.10.11

SATU KEBETULAN?.....

PROSPEK FINAL PIALA MALAYSIA 2011.....

SELASA18 Oktober akan bermula peringkat separuh akhir Piala Malaysia 2011. Empat calon JUARA masih bernafas di ketuai pilihan kedua kejohanan, Terengganu. Selangor selaku pilihan keempat berserta Negeri Sembilan dan Terengganu T - Team bakal menjadi pencabar serius untuk ke final.

Menarik untuk diperkatakan ialah bagaimana dua pasukan yang berada di senarai atas [ balang utama semasa undian kumpulan ] untuk ke final akan bertarung di peringkat separuh akhir. Selangor dan Terengganu akan bertarung sesama sendiri untuk ke final pada 29 Oktober nanti. Arenanya, Stadium Shah Alam, Selangor.

Satu lagi pertemuan separuh akhir melibatkan dua pasukan dari balang dua. Negeri Sembilan dan Terengganu T-Team bukanlah pilihan utama untuk ke final kali ini. Namun, itulah hakikat yang perlu ditempuhi. Dalam bola sepak, apa sahaja boleh berlaku.

Satu kebetulan, final nanti bakal menemukan satu pasukan dari balang satu dan satu pasukan dari balang dua. Hasrat untuk melihat final hot dan berbahang diantara Kelantan dan Terengganu, bolehlah ditangguhkan ke tahun hadapan.

Pertarungan akhir boleh jadi menemukan Terengganu dan T-Team. Boleh jadi juga, Terengganu dan Negeri Sembilan. Berkemungkinan Selangor akan berentap dengan T- Team. Tidak hairan juga sekiranya Selangor akan bertemu Negeri Sembilan.

Pilihan aku untuk ke final ialah Terengganu dan Negeri Sembilan. Kedua - dua pasukan adalah skuad yang hampir sempurna untuk muncul juara kali ini. Lebih menarik, aku ramalkan, Piala Malaysia akan dimenangi semula oleh Negeri Sembilan dan Hai - O berdasarkan fakta di bawah.....
3 pingat Juara Piala Malaysia melalui 3 pasukan berbeza adalah lambang kehebatan HAI-O
Hairuddin Omar has made a name for himself on the Malaysian footballing scene since his debut season with Terengganu team in 2000. He has been a consistent scorer in both league and international games. He play for Negeri Sembilan for the 2011 Malaysian Super League season.


Honour
Club;
Malaysia Cup:
Terengganu: 2001 Negeri Sembilan: 2009 Kelantan: 2010
Super League:
Pahang: 2004
Malaysia FA Cup:
Pahang: 2006
International; Runner-up  Southeast Asian Games (1): 2001
Haruddin Omar [ HAI-O] adalah pemain tunggal setakat ini yang menjaringkan gol di dua final Piala Malaysia berturut untuk pasukan yang berlainan dan, pasukan yang diwakilinya muncul juara. 

Jika itu belum cukup, lihat pula fakta ini:-
2 pingat Juara Piala Malaysia secara berturut- turut menceritakan kehebatan Azraai Khor [AK-9]
Jangan tak percaya kepada fakta dan faktor kebetulan ini. Gandingan Hai-O dan Azraai Khor [AK-9] yang tak meletup di Liga Super bakal menjadi di kemuncak saingan Piala Malaysia kali ini.

CUIT SIKIT:

Selain Negeri Sembilan, jika ada calon juara yang lain, aku hanya memilih Selangor. Bukan Terengganu bukan juga T-Team.

Mengapa aku memilih Selangor? Jawapannya ada di foto di bawah.....
Ketua Jurulatih Selangor, En.P. Maniam menggunakan huruf ringkas PM di bajunya. Lihat betul - betul di dada kanannya.

PM bermaksud P.MANIAM dan boleh jadi juga PIALA MALAYSIA. Yang pasti, PM itu tidak membawa maksud PERDANA MENTERI.

SATU LAGI KEBETULAN?


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH