Akhirnya, semua permintaan untuk menukar arena final Piala Malaysia, ditolak oleh Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM.
Stadium Shah Alam tetap menjadi pujaan hati. Biar pun keadaan padangnya boleh dipersoalkan. Biar pun kedua - dua finalis tidak berpuas hati. Biarlah semua tidak berpuas hati, asalkan Jawatankuasa berkenaan berpuas hati cukuplah.
Alasan mudah ialah, selain Stadium Nasional Bukit Jalil, tiada lagi stadium di negara ini yang mampu menampung lebih enam puluh ribu penonton kecuali Stadium Shah Alam. Justru, keadaan padang stadium berkenaan yang dilaporkan teruk dan buruk oleh Nadi Arena semalam ditolak ke tepi.
Pengurusan Stadium Shah Alam hari ini turut berjanji akan memperbaiki keadaan padang dalam tempoh seminggu ini. Jika gagal memenuhi janji itu pun, final Piala Malaysia tetap akan berlangsung pada Sabtu ini. Arenanya pun tetap tidak berubah.
CUIT SIKIT:
Jika final nanti tidak mempamerkan kualiti permainan yang tinggi, jangan salahkan Ketua Jurulatih dan pemain. Salahkanlah mutu padang final itu.
Yang penting bukan kualiti padang tetapi jumlah yang bakal masyuk dengan kadar tiket RM 50.00 itu. Dengan 65,000 keping tiket bakal terjual, FAM bakal mengutip RM 3.2 JUTA Sabtu ini.
Setelah ditolak kos pengurusan pertandingan, kedua - dua pasukan akan berkongsi bakinya. Mungkin hampir SATU JUTA juga yang bakal masuk ke kantung Terengganu dan Negeri Sembilan. Tak mengapa bermain di atas pasir pun asalkan masyuk.
MASYUK LEBIH PENTING DARIPADA KUALITI PADANG.....Lantak kau le beb.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan