FINAL PIALA MALAYSIA 2011 Sabtu ini bagi aku adalah final paling koman pernah diadakan.
Pertemuan yang dijangka hebat diantara Terengganu dan Negeri Sembilan sudah meriah dengan pelbagai cerita.
Pertamanya, apabila Stadium Nasional Bukit Jalil ditutup untuk memberikan laluan kepada kerja - kerja pembaikan trek, FAM memilih untuk mengadakan perlawanan akhir itu di Stadium Shah Alam. Kedengaran luahan dan cadangan pelbagai pihak supaya arena itu diubah. Bukan kerana tidak sukakan Selangor yang gagal mencapai misi 33 mereka. Hanya kerana keadaan padang stadium berkenaan yang tak semonggah [bahasa NS] dan kurang sesuai untuk perlawanan akhir.
Jawatankuasa Pertandingan Tempatan [JKPT] FAM telah memutuskan untuk tetap menganjurkan final itu di Shah Alam, Fullstop. Kata Pengerusinya, padang itu bukanlah teruk sangat walaupun tidaklah bagus sangat. Kata aku, padang itu sesuai sangatlah untuk final jika melibatkan pasukan soccerkid's dan superkid's.
Soal keselamatan juga menjadi faktor mengapa Stadium Shah Alam tetap menjadi pujaan hati Jawatankuasa Pertandingan itu.
Keduanya, jika penyokong kedua - dua pasukan ingin menontonnya di stadium, sila bayar RM 50.00, NOKTAH. Ada RM 50, beli tiket, masuk stadium dan menjeritlah sekuat hati menyokong pasukan anda. Kata Setiausaha Agung FAM, harga tiket itu masih murah jika dibandingkan dengan negara serantau.
Bab harga tiket ni memang menarik. Dilaporkan, Menteri Belia dan Sukan dan ramai peminat kedua - dua pasukan membantah harganya. Di fb Tan Sri Annuar Musa, Timbalan Presiden FAM ada tercatat rasa terkejut beliau berkenaan harga RM 50 itu. Bagi beliau, RM 30 sudah berpatutan.
Ketiganya, Kerajaan Negeri Terengganu yang kaya dengan hasil minyak tu awal - awal lagi telah memberikan subsidi 50% kepada pembeli tiket tu. Di Terengganu, harga tiket final cuma RM 25.00.
Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan hari mengumumkan untuk menurunkan harga tiket ke paras RM 30.00. Bukan kerajaan negeri tetapi persatuan bola sepak negeri yang memberikan subsidi.....
CUIT SIKIT:
Aku angkat tabik kepada JKPT FAM.
Pertamanya kerana memikirkan soal keselamatan apabila memilih Stadium Shah Alam itu. Maknanya, selain Stadium Nasional Bukit Jalil dan Stadium Shah Alam, stadium - stadium lain di Malaysia termasuklah stadium di negeri Presiden dan Timbalan Presiden FAM, TIDAK SELAMAT. Sebab itu mereka berkeras untuk mengadakan final itu di Shah Alam. Bukan di lain - lain stadium yang padangnya lebih baik berbanding di Shah Alam.
Keduanya, FAM telah menang pertandingan akhir ini. Kedua - dua pasukan yang bertanding terpaksa meraba kocek seluar dan saku baju untuk memberikan subsidi harga tiket kepada penyokong mereka. FAM tetap masyuk. Terengganu dan Negeri Sembilan yang sepatutnya mendesak supaya diturunkan harga tiket, terpaksa pulak memberikan subsidi. Dua - dua kalah serentak.
Ketiganya, FAM masih punya jawapan yang tidak cerdik apabila membandingkan harga tiket itu dengan negara - negara serantau. Kata aku, jika di Indonesia harga tiket mahal memang patut pun. Di sana, setiap pasukan ada enam tujuh orang pemain import. Pengadil pun mereka import.
Liga kita yang ada hanyalah pemain tempatan yang kadang kala ada "class" kadang kala tidak. Pengadil pun kadang kala gila meroyan di tengah padang.
Selamat berbahagia FAM dengan karenah anda!
Nota kaki dari fb kelab penyokong NS:
BERITA : PBNS sah turunkan harga tiket RM50 kepada RM30 untuk penyokong N9. Pengorbanan PBNS menggunakan dana persatuan untuk meringankan beban penyokong2nya. Tahniah dan terima kasih DATUK SERI UTAMA MOHAMMAD HASSAN
Nota kaki dari fb kelab penyokong NS:
BERITA : PBNS sah turunkan harga tiket RM50 kepada RM30 untuk penyokong N9. Pengorbanan PBNS menggunakan dana persatuan untuk meringankan beban penyokong2nya. Tahniah dan terima kasih DATUK SERI UTAMA MOHAMMAD HASSAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan