Jumlah Paparan Halaman

15.10.11

NILAI MERAH.....

JAM 8.00 malam 14 Oktober 2011, Night Town Nilai bertukar warna. Segala - galanya merah. Semuanya nampak yakin. Semuanya ceria dan segar.

Sekitar 9.30 malam, irama dikir barat kedengaran di satu sudut. Juara dikir berbaju merah sama seperti pasukan yang disokong....
Cukup satu lagu semasa rehat. Ketika itu, Kelantan sedang ketinggalan dua gol kepada Terengganu di kota Bharu.

Usai perlawanan, Kelantan 2 Terengganu 2. Secara agregat, Kelantan tewas 3 gol berbalas 5 kepada Terengganu.

Tanpa mengambil kira apa jua keputusan di Kota Bharu, kumpulan Dikir Barat meneruskan persembahan.....
Penyokong Kelantan tenang menonton secara langsung menerusi layar gergasi yang disediakan oleh pihak pengurusan Night Town Nilai.....

Aku rasa ralat juga kerana kekalahan Kelantan itu. Sebabnya mudah. Walau pasukan mana sekali pun yang akan ke final pada 29 Oktober nanti, aku pasti, tiada lagi para penyokong yang akan berkumpul dan berdikir barat di Nilai seperti malam tadi.


CUIT SIKIT:

MERAH adalah warna pahlawan sejati. Musim hadapan pasti The Red Warriors akan muncul lagi di Nilai.

Tapi, sehingga tibanya saat itu, pasti kami peniaga seperti foto di bawah, akan terasa sunyi.....

   

Terima kasih TRW KLIA dan mereka yang bertanggung jawab menjayakan program malam tadi.

TAHNIAH kepada Terengganu, Negeri Sembilan, Terengganu T-Team dan Selangor yang melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia 2011.

Kepada Selangor dan Negeri Sembilan, jangan biarkan Terengganu dan Terengganu T-Team bertemu di final nanti.......

Pastikan yang MERAH itu berNILAI tinggi dan layak ke final.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH