Dengan segala usaha untuk memberikan subsidi harga tiket oleh kedua - dua pasukan, akhirnya dijangka lebih 60 ribu penyokong Terengganu dan Negeri Sembilan akan berkampung sementara di Shah Alam pada 29 Oktober nanti.
Menjelang sepak mula perlawanan akhir nanti, khabarnya pelbagai aktiviti akan diadakan oleh pihak penaja di perkarangan stadium. Tentunya ini berkaitan usaha untuk mempromosikan produk masing - masing.
Para penyokong juga pastinya bersiap sedia dengan segala macam sepanduk, poster dan pemidang gergasi untuk menyatakan sokongan kepada pasukan masing - masing.
Dengan tiba - tiba pertandingan akhir Piala Malaysia kali ini menjadi panas dengan isu padang dan isu harga tiket. Dijangka juga akan menjadi panas di dalam stadium kerana kedua - dua pasukan mempunyai penyokong yang gemar bermain mercun di khalayak ramai. Walau pun tidak sehebat penyokong Kelantan, aku jangka dentuman mercun dan bunga api akan muncul jua di stadium nanti kecuali, pihak keselamatan benar - benar membuat 100% pemeriksaan badan dan beg galas penonton.
Barisan kemungkinan kedua - dua pasukan dijangka tidak berubah. Sama seperti peringkat separuh akhir dahulu. Tidak mungkin Ketua Jurulatih kedua - dua pasukan akan mengubah barisan yang telah membawa kemenangan sebelum ini.
Khabarnya, tiada kecederaan dan penggantungan pemain melanda kedua - dua pasukan. Jadi, inilah barisan kemungkinannya.....
Dan, aku memilih,
Sang Rusa untuk muncul juara buat kali ini kerana faktor pengalaman bermain di pentas akhir Piala Malaysia ini menyebelahi mereka. Buat Sang Penyu, anda bakal dimusnahkan oleh anak watan anda sendiri kali ini. Siapa lagi jika bukan HAI-O. Ya! HAI-O biasanya meledak di pentas akhir Piala Malaysia. Sabtu nanti, dia akan meledak lagi dan ledakannya akan membuatkan SANG PENYU MENANGIS.
CUIT SIKIT:
Disebalik membeli tiket pada harga subsidi, khabarnya akan muncul sepanduk bantahan terhadap FAM di stadium nanti.
Yang itu aku setuju. Anak muda yang agresif dan berjiwa kental perlu meluahkan apa yang tidak puas di hati anda. Dalamasa yang sama, luahkan juga apa yang anda puas hati. Nyatakan juga TERIMA KASIH anda dalam bentuk sepanduk kepada Kerajaan Negeri dan Persatuan Bola Sepak Negeri yang bersusah payah memberikan subsidi harga tiket tu.
TAHNIAH kepada anak muda yang berani berkata benar di khalayak walau pun hanya menerusi sepanduk. Teruskan niat murni anda itu. Biar FAM tahu bahawa bola sepak bukanlah hak ekslusif mereka sahaja. Bola sepak adalah milik kita bersama.
Untuk itu, sewajarnya FAM meletakkan harga tiket bukan sekadar mengikut kehendak tekak mereka tetapi hendaklah mengikut kemampuan rakyat marhain yang bukanlah anak bangsawan dan kaya. Bukan anak Tan Sri dan anak Datuk seperti anak - anak mereka.
Beritahu FAM, bahawa yang menjadi penyokong majoriti adalah anak muda berpendapatan kecil dari bandar, kampung dan juga rancangan FELDA. Juga ramai anak nelayan yang menjadi penyokong tegar bola sepak ini.
BANTAH jangan TAK BANTAH kenaikan harga tiket final yang tak masuk akal tu. Cuma satu yang ingin aku nasihatkan,
KALAU ASYIK BANTAH JE, BILA BICARA MAU HABIS DAAAAAAA!.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan