Tiada apa yang lebih menarik selain daripada keputusan PERAK 0 : NEGERI SEMBILAN 1 dicatatkan pada 1 September.
Sejak sekian lama NS gagal meraih kemenangan di Ipoh, akhirnya tuah MERDEKA menyebelahi Jang. Misi Mencari "Syurga" Di Ipoh, berakhir dengan jayanya. TAHNIAH JANG. TAHNIAH MILAH. TAKZIAH KAK LIMAH.
Kemenangan itu dipermudahkan lagi dengan kegagalan para pemain Perak menyudahkan rentetan peluang yang diperolehi. Dengan hanya 2 mata, PERAK sudah boleh menutup kedai perjuangan di Piala Malaysia 2012. Dalam pada itu, PAFA bolehlah berkira - kira untuk mencari nafas baru di musim 2013.
Keputusan penuh hari ke 4;
Carta penuh hari ke 4;
Keputusan penuh hari ke 4;
Carta penuh hari ke 4;
Sepintas Lalu Selepas Hari Ke 4;
Tiga daripada empat pasukan yang belum menang itu datangnya daripada balang 1 dan 2 ketika proses undian tempohari.
Manakala bagi kategori belum kalah hanya menampilkan 1 pasukan daripada balang 1. NS dari balang 2, Johor FC dari balang 3 dan Pahang dari balang 4. Adil.
Jadual Hari Ke 5;
LIVE Hari Ke 5. Jadual LIVE TV1 belum diperolehi.
CUIT SIKIT:
Sepintas Lalu Selepas Hari Ke 4, tiada perubahan ketara calon - calon ke peringkat kalah mati berbanding kedudukan selepas hari ke 3.
Kehilangan 4 pasukan pilihan awal, Terengganu, PKNS, T-Team dan Perak daripada carta kalah mati itu bagi aku amat mengejutkan.
T-Team dan Terengganu adalah semi finalis tahun lalu jelas sedang bermasalah dan mungkin bakal menghadapi mala petaka besar minggu hadapan. Sama - sama kita ikuti perkembangannya terutama kes panadol dan awek di Alor Setar itu.
Aku percaya, minggu hadapan, Tok Mat Said selaku wakil Kerajaan Negeri Terengganu yang menjadi stakeholder kepada pasukan Terengganu dan T-Team akan berbunyi lagi.
Bagaimana pun, eloklah semua pasukan bermasalah dan kalah asalkan NS muncul lagi sebagai JOHAN PIALA MALAYSIA tahun ini.
HOBIN JANG HOBIN!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan