Seminggu daripada sekang, akan berlangusng perlawanan keenam dan bakal menotahkan perjuangan enam lagi pasukan selepas T-Team dan Terengganu.
Lapan pasukan bakal melakukan pelbagai post-mortem kegagalan ketika lapan lagi pasukan akan meneruskan perjuangan di peringkat kalah mati. Post - Mortem paling banyak pastinya akan dilakukan terhadap pasukan Panadol dan Awek Dinihari dan juga pasukan adiknya. Aku fikir, bakal berlaku perubahan pucuk pimpinan persatuan di sana.
Itu hanya pandangan awal seperti reviu pertama ini yang bakal menyorot KUMPULAN C.
Carta semasa, apabila Kak Limah bertalak dengan Cikgu Jan, beginilah jadinya.....
http://pafanews.com/2012/09/06/perak-harap-ns-buka-laluan-ke-suku-akhir/ melaporkan Kak Limah sudah memulakan usaha mintak nyawa daripada NS.
Kak Limah ketika ini pastinya telah dan sedang melakukan usaha - usaha terakhir untuk menang di Ipoh dan hadir bersama NS di suku akhir.
Kira mengiranya adalah seperti berikut;
Kak Limah perlu menang tiga gol bersih dan mengharapkan NS dapat mengalahkan Felda United dengan dua gol bersih.
Namun, dengan pelbagai kemungkinan, termasuk berlakunya ulangan insiden keeper terkaut bola ke gawang sendiri, keputusan boleh menjadi seperti di bawah,
Jika berlaku keputusan upset melampau, seperti skor paling bawah pada foto di atas, bukan sahaja Kak Limah yang hilang nyawa, NS juga turut hilang akal.Begitu pun, aku cukup yakin, keputusan begitu hanya berlaku di Ipoh bukan di Paroi. Rekod menunjukan, Kak Limah boleh melepaskan 4 gol kepada lawan, terutamanya selepas spot light Stadium Perak terpadam tiba - tiba.
Lebih menarik, seandainya terjadi keputusan seperti di bawah, Kak Limah bakal disertai oleh Felda United untuk melakukan post - mortem kekalahan.
CUIT SIKIT:
Memang sesuatu yang sukar dipercayai, bagaimana Kak Limah dan Cikgu Jan boleh bertalak di hujung musim. Namun, itulah realitinya.
Menukar rentak daripada Dabus kepada Gangnam dalam tempoh singkat, tarian Kak Limah bukan semakin baik, malah semakin teruk dan sumbang serta bersimpang siur.
Jadi, bagi pihak PSNS lainnya, aku nak ucapkan Tak Sior Teman terhadap rayuan Kak Limah.
HOBIN JANG HOBIN!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan