Jumlah Paparan Halaman

27.9.12

UJIAN GETIR 2 JUARA.....

Esok akan berlangsung satu lagi perlawanan suku akhir Piala Malaysia 2012. Pertemuan yang menarik kerana ada pelbagai kaitan antara satu sama lain.
 
Suku Akhir 3 Leg 1 ini akan menguji samada Juara Liga Premier 2012, ATM atau Juara Piala Malaysia 2011 mempunyai cukup sifat dan karisma untuk bergelar juara Piala Malaysia 2012.
Komen yang amat menarik di wall [ PSNS ] Penyokong Setia Negeri Sembilan
 Pelesit Kota Yakin lah pado kemampuan pemain kito

Di atas kertas dan di luar padang, ATM dikatakan lebih berpeluang untuk ke separuh akhir berbanding NS. Itu kato dio. Biarlah. Kato kito, kitolah monang.
 
Sebagai perbandingan mudah, ada enam bekas pemain NS yang pernah berguru dengan Azraai Khor kini beraksi untuk ATM. Dan, tiada seorang pun bekas pemain ATM yang sedang bermain untuk NS.
 
Dalam kata mudahnya, segala rahsia kekuatan dan kelemahan NS ada di kocek 6 Tentera Upahan itu dan NS langsung tidak mengetahui kekuatan dan kelemahan ATM.
 
Betul faktanya begitu. Tetapi, dalam ertikata lainnya, NS telah dan sedang mengetahui dengan jelasnya segala kekuatan dan kelemahan ATM. Sebabnya? Separuh barisan utama ATM itu adalah dari Skuad NS 2010 dan 2011.
 
Pastinya Kocik dan Kunanlan amat mengerti di mana kelemahan Aidil dan Irwan selaku tunggak pertahanan ATM itu. Begitu juga di bahagian tengah. Idris Karim pastinya amat masak dengan kelemahan Rezal Zambery, rakan penggerak jentera midfield NS dahulu. Di belakang, aku fikir, Shukor Adan sudah mahir dan mempunyai cara tersendiri untuk mengawal Zakuan.
 
Jadi, sesiapa yang tidak memberikan peluang untuk NS menang, aku harap mereka dapat mengemukakan fakta daripada pihak mereka di ruangan komen nanti.
 
Sehingga ini, aku tetap yakin, NS akan mengatasi ATM samada di Selayang atau di Paroi dengan syarat, hantaran tinggi dari sayap sampai tepat ke kepala Effa Owona.
 
CUIT SIKIT:
 
Selamat maju jaya NS tapi den tak dapet menonton samada di Selayang atau di big screen kerana hujung minggu ini ada program motivasi untuk 300 orang pelajar SMS Tuanku Munawir [ SASER ], di Jempol.
 
 
Rugi ya amat tetapi cari makan diutamakan, bola tetap di hatiku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH