Ketika aku mencatatkan ayat di bawah
Biar pun Kelantan dan NS adalah musuh di arena bola sepak
tempatan, kito totap sokong Kijang di AFC sbb dio wakil Malaysia.
Sebagai tanda sokongan PSNS untuk Kelantan di Suku Akhir Piala AFC, kito laungkan HOBIN KLATE HOBIN!!!....
Sebagai tanda sokongan PSNS untuk Kelantan di Suku Akhir Piala AFC, kito laungkan HOBIN KLATE HOBIN!!!....
dengan foto bertaraf amatur, tapi hasil tangan aku sendiri di bawah ini,
menerusi wall [PSNS] Penyokong Setia Negeri Sembilan,
niat aku hanyalah untuk menguji sejauh mana prihatinnya lebih 6000 geng PSNS
ini terhadap perkembangan bola sepak di kalangan pasukan – pasukan yang selalu
kita hadapi saban musim.
Aku hanya berniat untuk menguji sejauhmana Geng PSNS
berani meluahkan sokongan terhadap pasukan lawan yang nyata buat NS apabila
pasukan lawan itu membawa cabaran negara di pentas antarabangsa.
Akhirnya, aku pulak yang terkedu kerana melihat posting
itu telah memberikan lebih daripada apa yang aku harapkan selaku salah seorang
pentadbir wall berkenaan.
Carian aku mendapati dalam tempoh 23 jam, posting itu
telah menerima 767 likers di wall psns, 526 perkongsian dan 189 komen positif ;
0 komen negatif. Secara keseluruhan, 4996 orang telah melihat posting ini.
Cetusan idea ingin melihat Jang dan Milah melaung sokongan secara profesional buat Kelantan, bertukar menjadi medan persahabatan yang mungkin wujud selepas ini diantara penyokong NS dan juga Kelantan.
SATU FENOMENA BARU?
Mungkin ya mungkin tidak. Tetapi, tiada salahnya kita
memulakan sesuatu yang positif bab sokong – menyokong apabila diperlukan.
Bab berentap di peringkat domestik, pastinya tiada
kompromi untuk Hobin Jang Hobin. Namun, apabila tiba detiknya ada rakan
sepermainan kita yang membawa cabaran ke peringkat lebih tinggi, kita juga
wajar memberikan sokongan buat mereka. Inilah yang dikatakan penyokong profesional.
Penyokong profesional pastinya tahu meletakan sokongan
buat pasukan sendri dan, dalam masa yang sama tetap mengakui kehebatan pasukan
lawan.
Perkongsian mengejutkan;
Di saat aku menyediakan foto dan menulis posting itu,
tiada langsung terbit di fikiran aku, posting berkenaan bakal mendapat
perhatian dan sentuhan orang nombor dua di FAM iaitu, Tan Sri Annuar Musa.
Admin: Satu langkah sporting dari penyokong Negeri
Sembilan. Terima kasih dan insya Allah kita dapat bersama-sama menaikkan
martabat bola sepak Malaysia.
325 perkongsian 2833 likers 228 komen. Terima kasih Tan Sri.
TERIMA KASIH KAWAN;
Aku yang kerdil ini turut merasa terharu apabila ada
komen begini,
den banggo la dengan admin yang
post nie.... sey BANGGO dgn ekau admin..... - daus –
Deqtan Aris den hrp SKUAD TRW dpt
mengharum kn Malaysia dan terus melangkah separuh akhr, dan final. hobin kelate
hobin. :) gomo jangs gomo
Zainudin Ishak terimo kasih bnyok2
admin,kito kn sahabat selamonyo..Gomo Jang Gomo,Hobin Klate Hobin!!
dan
banyak lagi komen yang diterima.
Paling utama, aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada
PakSu Zainal yang serius memujuk aku untuk menjadi salah seorang admin panel
wall ini.
Bermula sekarang, aku fikir, semua pihak perlu meneruskan
usaha untuk mewujudkan sikap profesional di kalangan penyokong bola sepak
tempatan terutamanya apabila pasukan lawan perlu didoakan kejayaannya.
Sanggupkah
kita mendoakan kejayaan musuh kita?
CUIT SIKIT:
NS & Klate samo2 kongsi nombor duo. kek
pilah sobut duo. kek kb pun sobut duo. Tigo pun dikongsi juo. Tapi, apabila
sudah sampai empat, tang sini ada masalah sikit. Antara ompek dan pat, mana
satu yang betul?
25 September ni, kito sorak laie di Kota Bharu,
Setakat separuh masa pertama tadi, Kelantan berjaya mengikat Arbil FC dengan jaringan 1-1. Penting buat Kelantan menjaringkan gol di tempat lawan kerana mungkin itu menjadi tiket untuk mereka ke Separuh Akhir Piala AFC.
Akhirulkalam, den nak koba’an kek semuo,
den anak jati Pahang. Sudah 20 tahun di NS. Semuo eh manih kecuali, sehingga
kini, den lum meghaso masuk suku.....
HOBIN KLATE HOBIN, GOMO JANG GOMO,
DI AFC KIJANG BERMAIN, PIALO MALAYSIA NS
PUNYO.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan