Hari ini aku nak mengajak kalian mencongak peluang buat kesemua 16 pasukan untuk layak ke peringkat kalah mati Piala Malaysia 2012.
Setelah mengharungi empat perlawanan, boleh dikatakan tiada satu pun pasukan yang telah selamat di kumpulan masing - masing. Samada di kumpulan 'maut' mahu pun kumpulan 'lauk', kesemuanya masih berpeluang untuk muncul sebagai lapan pasukan terbaik dan, melangkah ke peringkat suku akhir.
Cuma, peluang itu cerah, samar - samar atau terpaksa mencari bantuan pasukan lain, sama - sama kita nilai.
Kumpulan A yang sekarang ini dikuasai oleh Lions XII dan Johor FC masih belum jelas penguasa sebenarnya. Hanya keputusan pada 4 September menjadi penentuan.
Dua Johor akan bertemu sesama sendiri. Mungkinkah wujud keputusan SEPAKAT? Jangan mudah salah sangka. Aku fikir, akan muncul pertarungan terhangat di Johor tahun ini. Boleh dikatakan sebagai PERTEMPURAN PASIR GUDANG yang menghasilkan banyak gol seperti berlaku di Kota Bharu pada 1 September lalu.
PKNS pastinya akan cuba untuk menjadikan Singa sebagai lauk dan nyawa kedua untuk menghidupkan semula peluang mereka. Jika JOHOR dan PKNS boleh membuat kejutan esok, perlawanan pada 14 September nanti bakal menjadi pemutus kedudukan pasukan Kumpulan A ini.
4 September ; perlawanan hidup mati buat Johor dan PKNS.
KUMPULAN B;
ATM yang menang dua perlawanan berturut - turut akhirnya kembali ke bumi nyata apabila dua kali gagal meraih kemenangan apabila bertemu Kelantan dalam dua perlawanan berturut - turut.
Kemelut Terengganu mungkin memudahkan ATM malam esok. Kunjungan Kelantan ke Alor Setar juga tidak pernah menjanjikan "syurga" buat mereka.
Jika Terengganu dan Kedah menang esok, 14 September ini bakal menyajikan "Pertempuran Kota Bharu" yang pastinya menarik untuk diikuti. ATM masih satu lawan yang sukar buat Kedah terutamanya apabila bermain di Lembah Kelang.
4 September ; dua tuan rumah bakal meraih mata penuh.
KUMPULAN C;
Mungkinkah malam esok adalah malam terakhir Jang Jung bersama Perak? Segala - galanya bakal diketahui sekitar jam 10.30 malam.
Perjalanan lancar NS setakat ini pastinya cuba disekat habis - habisan oleh Sime Darby. Namun, aku fikir, Sime Darby belum cukup gagah untuk mengatasi SiRusa. Tambahan pula, mereka dibelasah teruk di Paroi, 25 Ogos lalu.
4 September ; NS dan Felda United bakal mengesahkan kemaraan ke suku akhir.
KUMPULAN D;
Dengan Pahang sudah hampir pasti ke suku akhir, mungkinkah Dollah Salleh dan Zainal Abidin Hassan akan memberi laluan mudah buat Selangor?
Jawapannya TIDAK.
Sarawak pula Wajib Menang di Kuching. Seperti abangnya di Kumpulan B, T-Team juga kelihatan mempunyai banyak masalah samada di dalam mahu pun di luar padang. Untung nasib Yunus Alif dan T-Team bergantung penuh kepada keputusan di Kuching. Juga misi Wajib Menang untuk T-Team.
4 September ; seandainya dua tuan rumah meraih mata penuh, kunjungan Sarawak ke Shah Alam pada 14 September nanti bakal menghadirkan cabaran sukar buat Selangor. Mungkin juga 'upset' boleh berlaku di Shah Alam nanti.
Jadual perlawanan pada 4 September adalah seperti berikut;
Sekitar jam 10.30 malam esok, mungkin sebahagian besar carta di bawah bakal terisi.
CUIT SIKIT:
Secara kebetulan, pertemuan NS dan Sime Darby seperti telah diskripkan lebih awal. Persamaannya, kedua - dua pasukan telah bertemu di Kumpulan B 2011.
Susunan jadual perlawanan adalah sama. 2011 dan 2012 mempertemukan NS dan Sime Darby pada perlawanan kedua di Paroi dan perlawanan kelima masing - masing di Selayang.
Keputusannya juga hampir sama. 2011, NS menang 5-0 di Paroi. 2012 pula, NS menang 4-0 di Paroi.
Apa pula keputusan di Selayang? Lihatlah sendiri.
Jika diambilkira perbezaan gol di Paroi pada 2011 dan 2012, aku boleh katakan, NS akan menang 1-0 di Selayang malam esok.
Jangan marah Sime Darby. HOBIN JANG HOBIN!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan