Jumlah Paparan Halaman

11.9.12

PREVIU 1409 PART 3.....

Kumpulan B yang dikatakan kumpulan maut ini, sudah menoktahkan perjuangan awal dua pasukan.
 
ATM selaku Juara Liga Premier mengesahkan tempat ke suku akhir sebaik mengalahkan Terenganu 2-0 di Kuala Terengganu pada 4 September lalu. Kemenangan ATM sekali gus menamatkan perjuangan Finalis Piala Malaysia 2011 itu dengan palitan skandal dan siasatan SPRM yang sedang berjalan.
 
Kejayaan pasukan Kedah mengikat Kelantan di Alor Setar juga pada 4 September turut memberikan cahaya kedua buat mereka untuk meneruskan perjuangan di Piala Malaysia 2012.
Biar pun setipis kulit bawang, peluang Kedah masih ada sekiranya menang di Kelana Jaya pada 14 September nanti. Namun, peluang itu akan hanya berpihak kepada Kedah sekiranya Kelantan tewas kepada Terengganu di Kota Bharu.
 
Kelantan tewas di Kota Bharu? Mustahil. Tetapi, Butler bersama Terengganu yang sah tersadai itu pastinya mahu membuktikan sesuatu kepada Kelantan. Di sini, ada perhitungan peribadi yang mahu dibereskan.
 
Jika keputusan pada 14 September nanti berpihak kepada Kedah Terengganu, kira - mengiranya adalah seperti di bawah,
Kelantan masih boleh melangkah ke suku akhir sekiranya tewas dengan 0-1 dan Kedah juga menang dengan keputusan yang sama. Tetapi, sekiranya Kelantan kalah dengan jaringan lebih daripada itu, Kedah boleh ke suku akhir, dengan syarat mereka menang bertemu ATM.
CUIT SIKIT:
 
Jika terjadi keputusan seperti di atas, aku fikir, Kelantan bakal ditimpa mala petaka selepas ini.
 
Tatkala Terengganu sah tersingkir, peluang Pahang juga belum pasti, tersingkirnya Kelantan, boleh mencetuskan Tragedi Pantai Timur. Tetapi, itu hanyalah percaturan di atas kertas. Keptusan sebenar hanya kana diketahui sekitar jam 10.40 malam, 14 September nanti.
 
Sangat tidak molek sekiranya Juara Liga Super dan Juara Liga Premier itu gagal menguasai kumpulan yang turut disertai oleh pasukan yang bakal bermain di Liga Premier 2013 dan pasukan yang tiba - tiba sahaja mencetuskan suasana panas berterusan di luar padang.
 
Jika bukan ATM dan Kelantan mewakili Kumpulan B ke suku akhir, maka bolehlah dikatakan kumpulan ini bukan sekadar kumpulan maut, bahkan boleh juga digelar KUMPULAN MALA PETAKA. Perlu diingat, wakil Kumpulan B ini bakal bertemu dengan wakil Kumpulan C di suku akhir.
 
Pasukan mana yang bakal berhadapan Juara Piala Malaysia itu, sama - sama kita nantikan. HOBIN JANG HOBIN!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH