Jumlah Paparan Halaman

11.9.11

DARI LUAR TINGKAP PEJABAT FELDA.....

Di zaman semua orang dahagakan maklumat dan paklumat ini, ada sebuah pejabat RANCANGAN FELDA di NEGERI SEMBILAN, telah membatalkan langganan akhbar harian untuk bacaan di pejabatnya.

Bukan kerana akhbar berkenaan menyiarkan berita yang meloyakan. Bukan juga kerana beritanya menghairankan. Bukan juga kerana akhbar berkenaan tidak melaporkan berita dari rancangan beliau. Bukan juga kerana gambarnya tidak pernah tersiar di akhbar berkenaan.

BUKAN! BUKAN! BUKAN! Kalau semuanya bukan, apa yang sebenarnya?

Khabarnya, PENGURUS FELDA berkenaan membatalkan langganan akhbar, adalah kerana tidak mahu melihat PEMANDUnya datang ke pejabat hanya untuk membaca akhbar.

Kerja seharian pemandu berkenaan adalah sekadar membaca akhbar bukannya memandu kenderaan rasmi yang dibekalkan oleh FELDA. Sebabnya, bacalah seterusnya.....

GAMBAR HIASAN YANG AKU SONGLAP DARIPADA ALBUM FB RGM WILAYAH ALOR SETAR.
- setahu aku, Pengurus berkenaan tidak pernah menggunakan khidmat pemandunya. Bukan kerana pemandu berkenaan KERAS KEPALA tetapi, kerana PENGURUS berkenaan yang gemar menggunakan kenderaan FELDA itu seumpama milik peribadinya. Itulah sebabnya pemandu berkenaan hanya membaca akhbar-

CUIT SIKIT:
Jelas benar PENGURUS itu bertindak "CERDIK dan BIJAKSANA". Batalkan langganan akhbar untuk pejabat kerana PEMANDUnya hanya membaca akhbar tetapi tidak memandu.

Beliau "cerdik" kerana menafikan hak anak buahnya mendapat maklumat menerusi pembacaan. Beliau juga "bijak" kerana menjimatkan perbelanjaan FELDA sebanyak RM 45 sebulan. Malah, beliau juga "pintar" kerana gagal mengarahkan petugas di bawahnya untuk bertugas. Memang PENGURUS ini "cerdik, bijaksana dan pintar" mengalahkan PAK PANDIR.

Patutlah FELDA semakin banyak masalah. Kalau dah PENGURUS tidak mampu untuk mengarahkan PEMANDU supaya memandu, tentu juga PENGURUS berkenaan tidak mampu juga untuk mengawal para peneroka, anak peneroka dan seluruh warga di rancangan kawalannya.

Inilah akibatnya jika melantik PENGURUS kerana kebolehannya mengangguk, bukan kerana kebolehan dan kualiti kepimpinannya.

KERANA GUNA KEPALA LUTUIT, HASILNYA DAPATLAH KEPALA BANA!

4 ulasan:

  1. ni la akibat bile de manusia2 yg xtaw menghayati seruan kerajaan...

    BalasPadam
  2. Memang ada Pengurus Felda yang guna kenderaan resmi macam kete sendiri....nak buktikan? maleh aku..RGM nanti tak der kerja pulak...

    BalasPadam
  3. Itu belum tengok lagi bini pengurus Felda lebih eksyen dari pengurus...First Lady lah katakan kat rancangan...macamana manager ni nak control peneroka...dia pun kena Queen control...cer citer....

    BalasPadam
  4. kok gitu gayanya, patut la kat rancangan sekarang ni lebih banyak masalah berbanding kemajuan.....
    drebar tak dapet kawal, bini tak buleh kawal,peneroko yang dah dapet goran tanah tu, tak yah jawabnya.

    BalasPadam

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH