CUIT SIKIT:
PANAS! PANAS! PANAS!
Hari Sabtu 24 September telah tiba. Yang dah berundur, mungkin datang menjenguk dari jauh. Ala - ala mengintailah tu.
Yang tak pasal - pasal kena memikul beban, terasa bahangnya. PASTI. Sahih dua tiga malam terakhir ini, bukan sahaja tidur tak lena malah, mungkin juga langsung tak boleh tidur. Apalah nasib badan. Terpaksa memikul biawak!
Yang di Utara tu juga tak tidur gamaknya. Maklum saja, anak tekak dah hampir putus dek kekerapan menjerit namun, anak buah tak juga bangkit - bangkit. Silap - silap, sidia boleh mencipta rekod baru sebagai Ketua Jurulatih yang dipecat oleh dua pasukan berbeza di dalam satu musim. Meriah Depa Kata!
Jam 10.30 malam ini, bakal terserlah duka atau gumbira buat Selangor dan Kedah. Dua pasukan dari balang satu [favorite utama], hari ini terpaksa turun bertarung diiringi bahang panas ciptaan sendiri. Tak siapa pernah menyangka, gergasi dah jadi ular lidi. Sang Kenari dah jadi Kedidi di tepi sawah.
Di Alor Setar, Kedah [4 mata] akan bertemu Sabah [7 mata]. Manakala di Seremban, PDRM telah siap siaga dengan "gari" dan "lokap" untuk menjadikan Selangor bahan lawak jenaka bola sepak Malaysia tahun ini.
HUH! PANAS! PANAS!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan