JEPUN atau JAPAN atau JOPUN [ bahasa negeri sembilan] 2
MALAYSIA 0
Itulah keputusan biasa yang terhasil usai perlawanan pertama kelayakan olimpik kumpulan C Zon Asia tadi.
Kalah dengan 2 gol kosong kepada Jopun yang juga pilihan untuk mewakili Asia ke Olimpik London 2012 adalah sesuatu yang boleh diraikan dan digumbirakan oleh penyokong Malaysia.
CUIT SIKIT:
Aku fikir, anak buah En. Ong Kim Swee semasa melawan Jopun tadi tu seperti sedang belajar cara untuk bermain bola sepak.
Mereka yang sebulan belajar dan berlatih peringkat akhir di Slovakia semasa RAMADHAN lalu, tidak langsung mempamerkan kualiti diri sebagai pemain bola sepak yang sudah bertaraf profesional. Masih jelas terlihat hantaran bersepah. Juga terlakar senario menahan bola untuk orang. Dan yang paling mengejutkan aku ialah, masih terpamer gelagat pemain pertahanan tengah yang tertidur semasa bermain.
Kerana tertidur itulah, Jopun mendapat dua gol mudah. Jika ada yang terjaga sepanjang permainan, hanyalah APEK yang seorang ini...
APEK- Khairul Fahmi Che Mat |
Kalaulah APEK juga tertidur seperti rakan - rakan lain, aku pasti Malaysia akan pulang dari Jopun dengan setengah dozen gol...
Apek baru sahaja putus tunang.
ADA SESIAPA INGIN MENCUBA?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan