Kampung LBJ dahulunya dikenali sebagai FELDA LBJ. Sekarang ini, kebun getah / sawit yang pernah menjadi milik mantan peneroka Felda itu dikenali pula sebagai ENSTEK [NS Technology].
Semuanya kerana pembangunan, FELDA LBJ kini bertukar nama sebagai KAMPUNG LBJ. Tak kisahlah apa jua LBJnya kampung atau Felda, sebentar tadi, anak LBJ telah muncul secara berseorangan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, mengalahkan KELANTAN di perlawanan ketiga kumpulan C Piala Malaysia 2011. Bertuahnya FELDA UNITED kerana mempunyai penjaga gol otai dari LBJ malam ini.
Hamsani Ahmad Penjaga Gol FELDA UNITED |
Di akhir perlawanan, FELDA UNITED menang dua gol kosong. Itu pun bermain secara bertahan dan bergantung kepada serangan balas sekali sekala. Teruk diasak Kelantan, FELDA UNITED akhirnya bergantung sepenuhnya kepada kecemerlangan penjaga golnya, HAMSANI AHMAD, anak watan LBJ. TERIMA KASIH LBJ kerana melahirkan seorang penjaga gol yang hebat walaupun ramai orang sudah lama melupakan beliau.
Carilah LBJ di sini
CUIT SIKIT:
Aku lihat di kaca TV, wajah - wajah terlalu yakin para pemain Kelantan seperti luntur selepas permainan terhenti di minit ke 50 angkara "tindakan cerdik" sebahagian penyokong Kelantan yang membaling Pembantu Pengadil Kedua dengan segala macam objek.
Ketika itu, Kelantan sedang ketinggalan satu gol dan rancak menyerang mencari gol penyamaan. Tertangguh selama 7 minit angkara "penyokong cerdik" itu membuatkan momentum pemain Kelantan menurun sebaik permainan disambung semula.
Namun begitu aku yakin dan percaya, Kelantan akan terus bernafas di Piala Malaysia ini, tidak seperti PDRM FA yang dilokapkan semalam. Cuma satu pesan aku kepada ORANG KELANTAN, mempertahankan kejuaraan sebenarnya tidak pernah semudah merampasnya.
BERPIJAKLAH DI BUMI NYATA, KELANTAN TAK HEBAT MANA PUN sebentar tadi. Pun begitu, terima kasih buat ribuan penyokong Kelantan yang memberikan banyak duit kepada FELDA UNITED sebentar tadi menerusi kutipan tiket masuk.
Nak harap kepada GWGF, MBFM, BAPAK dan ANAK, jawabnya sunyilah Stadium MPS tu.
GWGF, MBFM, BAPAK dan ANAK, semua pandai berkokok kat luar jer...habuk pun tak der,esok kalau FUFC dah samapai kemuncak baru lah terhegeh-hegeh nak tunjuk sokongan...pirahhhh....sian kat Dato'Dzulkifli....sabar ye lah..
BalasPadampahlawan merah tak lah kuek mano...
BalasPadam