Jumlah Paparan Halaman

12.9.11

KALAU BEGINI, FAM RUGI.....

10 September, usai 2 perlawanan bagi semua pasukan di PIALA MALAYSIA 2011. Adalah sedikit kejutan walau, aku jangkakan akan berlaku banyak kejutan.

Sedikit kejutan kerana hanya ada perubahan pencapaian sebenar semua pasukan berbanding ranking semasa undian tempohari.

Setakat ini, Perak dan Sabah, bukannya KEDAH dan PERAK yang menguasai kumpulan A. Negeri Sembilan mendahului kumpulan B meninggalkan Terengganu, pasukan pilihan utama kumpulan berkenaan di tangga kedua.

Manakala kumpulan C pula, menyaksikan Kelantan selesa di tangga teratas sementara Felda United mengatasi jangkaan dengan meninggalkan pilihan kedua kumpulan ini, Johor FC di tangga ketiga.

Kumpulan D memperlihatkan kejutan sebenar apabila KUALA LUMPUR mendahului kumpulan berkenaan dengan rekod kemenangan 100 peratus. Pilihan utama kumpulan ini, Selangor di tangga kedua. Manakala T-Team sebagai pilihan kedua kumpulan D, hanya berada di tangga ketiga.

Jika situasi begini berterusan, maka carta perlawanan di peringkat suku akhir dan seterusnya adalah seperti di bawah........

Carta suku akhir berdasarkan kedudukan semasa selepas 2 perlawanan
CUIT SIKIT:

NASIB BAIKlah semua pasukan akan bermain empat perlawanan lagi  sebelum kita semua mengetahui siapa ke suku akhir.

Jika diambilkira setakat dua perlawanan sahaja, SAH Persatuan Bola Sepak Malaysia [FAM] akan rugi besar dari aspek kutipan tiket di final nanti.

Dua pasukan pilihan utama Kelantan dan Terengganu tidak akan berjumpa di final. Sebaliknya, kedua - dua pasukan yang mempunyai ratusan ribu penyokong ini akan berentap di suku akhir. SAHlah FINAL akan sunyi dan mungkin Stadium Nasional di Bukit Jalil hanya akan berkeadaan separuh kosong.

AYUH BANGKIT SEMUA PASUKAN PILIHAN DAN YANG MEMPUNYAI RAMAI PENYOKONG!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH