Jumlah Paparan Halaman

18.9.11

BALADA 17 SEPTEMBER.....

Peristiwa hitam 17 September di Palestine telah lama berlalu. Allahyarham Zubir Ali telah meninggalkan sebuah lagu bertajuk BALADA SEORANG GADIS KECIL buat ingatan kita semua berkaitan kekejaman manusia ke atas manusia yang lain.

2011, 17 September muncul lagi. Peristiwa hitam berlaku lagi. Bukan di Palestine. Bukan di Sabra dan Shatila. Bukan MUNIR dan rakyat Palestine lain yang terkait. BUKAN di luar negara tetapi di Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Piala Malaysia 2011 menjadi MISI 33 buat Selangor muncul juara kali ke 33. Setakat ini, empat perlawanan peringkat kumpulan D telah dilalui. Hasilnya.....

CUIT SIKIT:

Buat kali keempat tahun ini, Selangor tewas kepada pasukan kelab dari Terengganu, T-TEAM. Dua kali tewas di Liga Super. Dua kali tewas di peringkat liga Kumpulan D Piala Malaysia 2011.

Khabar yang sahih dan benar mengatakan, usai perlawanan, ULTRAS Selangor bersuara mendesak Ketua Jurulatih Selangor, En. K.DEVAN meletak jawatan dengan segera. Peristiwa hitam 17 September 2011 berlaku di Shah Alam.
Secara matematiknya, Selangor masih boleh melayakkan diri ke peringkat kalah mati. Namun, semua itu bukan sahaja memerlukan kebangkitan luar biasa malah turut juga melibatkan untung nasib pasukan KUALA LUMPUR dan T-TEAM yang sedang menguasai dua tempat teratas kumpulan ini.

Kata En. K.DEVAN selepas tewas kepada T-Team 6 September lalu amat mudah. "Kalau kita kalah satu gol di sini tak apa. Kita akan menang dengan dua gol di Shah Alam nanti", ulas beliau kepada wartawan selepas perlawanan berkenaan.

Memang ada dua gol pun. Dua gol untuk T-TEAM. Patut pun ULTRAS SELANGOR bersuara.

Jika tak boleh bangkit juga untuk baki dua perlawanan, AKU mencadangkan agar En. K.DEVAN tinggalkan SHAH ALAM dan balik semula ke BAHAU. Hidupkan semula Kelab JEMPOL DEVILS yang pernah muncul kuasa bola sepak utama di Negeri Sembilan.

SIAPA SOKONG?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH