Jumlah Paparan Halaman

26.2.15

MD3 YANG SURAM.....

Tamat perlawanan Piala Presiden di Tampin pada 25 Februari, menyaksikan semua perlawanan ketiga NS Matrix berakhir tanpa kemenangan.
Paling mengejutkan pastinya kegagalan Abang Besar meraih 3 mata penuh daripada pasukan yang telah melepaskan 10 gol dalam dua perlawanan awal. Adakah elemen AMBIL MUDAH menjadi faktor kegagalan tersebut?

Namun, ADIK BONGSU patut diberikan pujian kerana membawa pulang SATU MATA. Bukan senang bermain di arena lawan.

JUMAAT ini, UiTM FC bakal turun lagi di Paroi. Pasukan sama tetapi saingannya berbeza;
Di atas kertas, NS Matrix boleh layak ke Suku Akhir sekurang - kurangnya. Lebih daripada itu, anggaplah sebagai BONUS dan DIVIDEN.

Laluannya;
Usai perlawanan PIALA FA Jumaat ini, cabaran di MD4 bakal berlangsung;
Abang Besar bakal berhadapan lawan yang tidak pernah ditemui. Kuantan FA adalah Juara Liga FAM 2014 yang dinaikkan pangkat ke Liga Premier 2015.

Kuantan FA turut diwakili oleh Mohd. Rahman Zabul, pemain pertahanan kanan terbaik NS sebelum berhijrah ke Johor FC dan Felda United FC.

Muszaki Abu Bakar juga bermain untuk Kuantan FA sekarang ini.

CUIT SIKIT:
Bukan mudah bermain di arena lawan. Tetapi, tidak mustahil untuk pulang dengan tiga mata penuh.

HOBEN JANG HOBEN!

16.2.15

WARNA - WARNI NS MATRIX.....

Tamat dua perlawanan, NS Matrix melakar keputusan yang berwarna - warni untuk ketiga - tiga saingan yang disertainya.

Minggu pertama menyaksikan, adik bongsu [ Piala Belia ] tewas di Arau. Si Angah [ Piala Presiden ] menang di Tampin. Abang Besar [ Liga Premier ] menang di Melaka.
Minggu kedua menyaksikan, adik bongsu [ Piala Belia ] menang di Tampin. Si Angah [ Piala Presiden ] kalah di bangi. Abang Besar [ Liga Premier ] menang di Paroi.
Jadual minggu ini;
RABU ini tiada perlawanan Piala Presiden. Ianya diubah ke RABU minggu hadapan.

ABANG BESAR bakal turun di Kelana Jaya pada Jumaat dengan iringan PSNS yang lebih ramai.
Pastinya, kerana Jumaat ini adalah cuti umum sempena Gong Xi Fa Cai.

CUIT SIKIT:

Pasukan yang diasaskan menerusi Kelab Bola Sepak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia [ SPA FC ] ini, dilihat bukanlah lawan sukar buat NS Matrix.

Hampir pasti tiga mata boleh dibawa pulang. Namun, jumlah jaringan bakal menjadi perhatian.

KL SPA Putrajaya FC sedang berada di tangga corot carta liga. Dua perlawanan awal, diakhiri dengan kekalahan 1 - 5 kepada Kedah dan JDT II.

Di saat kemenangan hampir pasti diraih Abang Besar, aku mengajak para PSNS untuk menilai betapa tidak konsistennya Angah dan Adik Bongsu kita hebat.

Aku ajak kalian mengambil berat perkembangan kedua - dua pasukan ini kerana di situlah masa hadapan NS Matrix. Jika pasukan pelapis ini tiada kekuatan seperti era Kembar Radzak itu, jangan haraplah kebangkitan menyeluruh NS Matrix di masa hadapan.

Tiada guna Abang Besar hebat tetapi gagal menjadi tempat cari makan anak negeri. Dan, tiada guna memberi makan kepada anak negeri, sekiranya mereka semua tidak menureh.

HOBEN JANG HOBEN!

14.2.15

LIGA INI MILIK SIAPA?.....

Usai dua perlawanan Liga Premier 2015, NS Matrix memenuhi jangkaan dan harapan awal para PSNS jauh dan dekat.

Dua kemenangan, lima jaringan dan bolos satu. Hampir 100 peratus. Setakat dua perlawanan, NS berada di tangga kedua dalam aspek jaringan. Di atas adalah JDT II dan Kedah dengan tujuh jaringan.

Dari aspek bolos pula, NS juga di tangga kedua selepas Pulau Pinang. Memang Pulau Pinang belum dibolosi selepas dua perlawanan, tetapi sebenarnya, Pulau Pinang juga belum menjaringkan sebarang gol setakat dua perlawanan. Gol tunggal yang diperolehi Pulau Pinang setakat ini adalah jaringan sendiri pemain Kuantan FA, Kwang-hyun.

Selepas sambutan Gong Xi Fa Cai, NS Matrix akan ke Kelana Jaya pula;

Aku fikir, mood semasa bakal memanggil ramai para PSNS turun ke Kelana Jaya minggu hadapan. Tambahan pula hari itu adalah cuti umum sempena Tahun Baru Cina.

KL S.P.A Putrajaya FC sepatutnya lawan yang harus ditewaskan dengan mudah kerana moral mereka berada di tahap terendah. Namun, NS juga wajib meningkatkan permainan dan bermain secara lebih tersusun. Bukan kelam kabut seperti semalam.

Jadual penuh MD3 buat NS Matrix adalah;
CUIT SIKIT:

Aku tidak mahu mengulas lanjut bab taktikal dan teknikal NS Matrix semalam. Aku juga tidak mahu menyentuh kehadiran penonton yang kurang memuaskan.

Tetapi, kunjungan ke Paroi membuatkan aku merasa sangat hairan dan terkesima apabila suasana di tepi padang seperti ini;





*##* Kualiti gambar kurang memuaskan kerana aku snap guna hp Oppo murah jer

Mentang - mentang dah dijanjikan pulangan berbilion ringgit dalam tempoh 15 tahun, Liga Malaysia musim ini sudah tidak perlukan penaja lagi nampaknya.

Tiada sebarang A - Board penaja selain daripada A - Board milik para penaja NS Matrix. Itu pun diletakkan jarang - jarang dan kadang - kadang.

Lebih menarik tiada sebarang petunjuk betapa liga ini dimiliki pleh FAM sebagai pemegang hak intelektualnya.

Sebagai perbandingan, aku paparkan dua foto musim lalu ihsan wall fb PSNS;

Macamana nak lepas lawan Thailand jika tokey liga pun buat tak tahu pasal liga sendiri.

Akhirnya, aku cadangkan kepada para PSNS yang ada produk terbaik untuk dipasarkan, supaya turut mempamerkan A - Board masing - masing sebagai media iklan mudah.

Setahu aku, di luar negara para usahawan berebut untuk membuat iklan di tepi padang bola. Kita di Malaysia, bertindak sebaliknya.

11.2.15

TIADA YANG LAIN, MELAINKAN MENANG.....

 Terkini jadual dan arena perjuangan minggu ini adalah;
Yang lebih utama, tentunya;
CUIT SIKIT:

Jangan disangka boleh menang mudah kerana lawan itu bukan budak hingusan. Mereka juga ada pemain impot.

Namun, NS MATRIX dilihat lebih empat tangga di atas. Dan juga TUAN RUMAH.

Di Paroi, KPInya hanya satu. MONANG JANG MONANG.

9.2.15

MENANTI KEMUNCULAN DUAN PASOH 3.....

Keputusan perlawanan pertama yang agak baik buat NS Matrix. Agak baik kerana dua daripada tiga perlawanan menghasilkan kemenangan. Satu lagi, kalah di arena lawan.
Namun, tumpuan utama tentunya terarah kepada barisan senior yang mengulangi kejayaan ke atas DRB-HICOM FC di Stadium Hang Jebat, Melaka.

Minggu ini, tiga skuad NS Matrix bakal meneruskan cabaran di tiga saingan berbeza tetapi berhadapan dengan dua nama sahaja.
Kuala Lumpur dan Selangor UiTM FC bakal menjadi lawan kepada NS Matrix. Arena untuk Piala Belia itu mungkin akan berubah. Mungkin juga tidak. Tunggulah updatenya nanti.

Aku fikir, Jumaat ini pasti dinanti - nantikan oleh para PSNS. Yang berkesempatan, boleh datang ke Paroi.

Mungkinkah ada perubahan atau barisan ini kekal,
Kredit Foto ; syapalikh tv
sama - sama kita lihat, Jumaat ini. Apa - apa pun, aku terkejut apabila Duan Pasoh 3 [ 6 ] tu tetiba muncul di first XI, Jumaat lalu. Tahniah buat dia yang bermula di Skuad Piala Presiden Felda United sekitar 2008 dan 2009 lalu.

CUIT SIKIT:

TAHNIAH juga buat Harimau Muda yang terselamat daripada kebangkitan Bangladesh semalam.
foto ihsan - http://www.fam.org.my/
Semoga mereka mengenali erti profesional di kalangan tak berapa profesional di Malaysia lebih baik daripada abang - abang mereka sebelum ini.

3.2.15

MENANTI BUAH SULUNG NS MATRIX.....

RABU ini bakal bermula saingan Liga Malaysia melibatkan tiga kategori berbeza. Tiga saingan yang membabitkan dua pasukan pelapis dan satu pasukan senior di tiga arena berbeza.

TAMPIN bakal menjadi saksi samada pasukan bawah 21 tahun yang bermain di Piala Presiden itu telah cukup persiapannya atau masih ditakuk lama.

Dua hari kemudian, Paya Rumput MELAKA bakal menjadi arena pasukan senior membelasah atau dibelasah lawan.

Buah sulung ini bakal diakhiri oleh pasukan belia bawah 19 tahun yang berkelana nun jauh di utara pada AHAD.
CUIT SIKIT:

Buat para PSNS yang mungkin telah membuat deal untuk ke Tanjung Malim, sila ubah arah perjalanan anda ke selatan dan keluar di tol Simpang Ampat, Alor Gajah.

Bagi yang teringin dan mengidam makan pau Tanjung Malim yang popular itu, sila tukar menu kepada cencaluk, Jumaat ini.

Ketetapan FAM memerlukan DRB - HICOM FC selaku tuan rumah menyediakan stadium lebih besar apabila pasukan kelab bertemu pasukan negeri.

DAN ketetapan FAM juga, menerusi jadual rasmi menyatakan arena tuan rumah DRB - HICOM FC adalah Stadium Proton di Tanjung Malim.

Apabila ketetapan sendiri tidak dapat ditetapkan,
a] pengusaha bas bakal pening untuk meminda permit perjalanan.
b] tokeh hotel juga kelam kabut meminda tempahan.
c] cuti para penyokong juga menjadi tidak menentu.

FAM oh FAM...patutlah kau kono tifo biadap tu. Akhirnya, duo - duo biadap.

Buat tiga pasukan berbeza tetapi di bawah satu jenama dan bendera bergelar NS MATRIX, HOBEN JANG HOBEN!

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH