Jumlah Paparan Halaman

14.11.11

BUNGA KU PUJA DIPETIK ORANG.....

Seandainya boleh disamakan, aku berhajat untuk menyamakan tanah - tanah di rancangan Felda sebagai bunga yang sedang kembang. Samada ianya milik FELDA sendiri ataupun milik peneroka secara individu, ianya adalah aset yang ada nilainya.

Mungkin nilainya tidaklah setinggi nilai tanah di Kampung Baru Kuala Lumpur. Namun, nilai tetap nilai. Dalam ertikata yang lain, boleh menjadi duit.

Jika tanah ingin dijadikan duit, ianya boleh dijual, dicagar, dipajak atau diusahakan semaksimumnya.

Cara moden dan nampak global dalam usaha membuat duit menerusi tanah ialah dengan cara berkongsi nilainya secara saham.

Untuk menjayakan hasrat ini, ianya perlu diapungkan di bursa saham. Inilah timbulnya cadangan penyenaraian saham FELDA di Bursa Saham Kuala Lumpur [BSKL] tahun hadapan.

Dalam ertikata yang lain, dengan pengapungan saham itu di BSKL, nilai tanah itu akan meningkat tanpa perlu meluakkannya walau seinci pun. Ia tetap seluas yang ada. Jika ada bukit di tanah itu, bukit itu tetap tidak ditarah. Nampak cantik dan menarik pelan pengapungan saham itu.

Menjual nilai tanah secara saham di BSKL adalah berkongsi kepentingan dengan pihak lain. Maknanya, secara tidak disedari, kita telah berkongsi tanah itu dengan pihak lain.

Jika selama ini, tanah itu nilai dan sahamnya adalah milik individu, apabila ianya telah diniagakan diBSKL, nilai dan sahamnya bukan lagi milik kita seratus peratus.

Barang diingat, sekiranya saham itu merudum dan nilai pinjaman syarikat induk meningkat, secara tidak langsung, tanah - tanah yang tidak berapa tinggi nilainya itu akan terheret sama dalam pelan penyelesaian hutang syarikat.

Ketika itu, mungkin benarlah lirik lagu WARISAN Biro Tata Negara ini,
Anak Kecil Main Api
Terbakar Hatinya Yang Sepi
Airmata Darah Bercampur Keringat
Bumi Dipijak Milik Orang
Fikirkanlah apa yang akan anda tinggalkan buat generasi anda.
Aset kekal yang meningkat nilainya saban tahun tetapi sukar untuk dicairkan atau aset cair yang merosot nilainya saban tahun tetapi boleh digunakan bila -bila masa.
Jangan sampai lirik lagu tahun 1960'an benar - benar terjadi kepada kita semua.

Ingin memetik bunga yang kembang
Untuk hiasan dalam jambangan
Apakah daya nasibku malang
Bungaku puja dipetik orang
Namunku takkan putus asa
Banyak mekar di dalam taman
Walau seribu tahun tak apa
Asalkan kembang jadi idaman
Sungguh kasihan
Bunga bermadu
Ditinggalkan kumbang
Sesudah layu
Apakah ini suratan
Dirimu sayang
Setelah layu
Tiada yang mahu
Dari itu ingatlah bunga
Jaga diri jagalah nama
Agar kamu tidak dipersia
Oleh sang kumbang yang durjana

CUIT SIKIT:
Pandangan lain ada di sini.....





1 ulasan:

  1. ummmmppphhhh...mantop la...ulasan terbaeq 2011..

    BalasPadam

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH