Jumlah Paparan Halaman

9.11.11

PENYERANG TUMPUL.....

MALAYSIA 2 THAILAND 1

Nampak seperti menang tipis. YA! Tipis sangat kemenangan itu tetapi sepatutnya Malaysia boleh menang dengan jaringan yang lebih besar. Empat atau Lima gol mungkin boleh dijaringkan tadi kerana Thailand bukanlah sekuat dan secergas yang dijangkakan.

17 percubaan berjaya dilakukan tetapi hanya dua yang masuk adalah bukti dan petanda Malaysia juga bukanlah pasukan terbaik di Sukan Sea kali ini.

BADDROL BAHTIAR dan IZAQ FARIS RAMLAN adalah penjaring buat Malaysia, namun satu gol buat Thailand adalah hasil sumbangan bek tengah yang tertidur sejenak.

Selepas ini, Kemboja dan Indonesia akan menjadi lawan untuk menentukan hala tuju perjuangan mempertahankan pingat emas yang dimenangi dua tahun lalu.

CUIT SIKIT:

Aku fikir, BABA ONG perlu melakukan sesuatu yang lebih positif untuk menyelesaikan masalah penyerang yang sering kali kaku di hadapan pintu gol lawan ini.

17 percubaan, enam atau tujuh daripadanya menerusi Syarul Azwari Ibrahim yang gagal melaksanakan tugasnya bukanlah sesuatu yang positif bab penyerang ini. Ianya masih TUMPUL lagi MENUMPULKAN.

Syor aku, mungkin lebih baik sekiranya MAHALI JASULI dicuba di posisi serangan kerana pemain ini nampak konfiden apabila bersama bola. Beliau juga mempunyai kawalan bola yang baik.

Mana tahu seorang lagi Zainal Abidin Hassan boleh dilahirkan.

Nota kaki:

Zainal Abidin Hassan adalah pemain pertahanan kanan Selangor yang berhijrah ke Pahang pada tahun 1982. Ketika penghijrahannya, Pahang telah mempunyai seorang pemain pertahanan kanan yang sangat sukar digugat. Jamal Nasir Ismail [sekarang Datuk] adalah pemain Pahang dan negara yang konsisten ketika itu.

Di Pahang, Zainal Abidin Hassan tidak diberikan peranan sebagai pemain pertahanan tetapi peranannya adalah sebagai PENYERANG.

Terima kasih Frank Lord yang berani mengubah posisi Zainal yang akhirnya menjadikan Zainal bukan sshaja sebagai penyerang negara tetapi muncul antara penyerang terbaik Asia di zamannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH