Jumlah Paparan Halaman

20.11.11

TUAN KENDURI MENANG CABUTAN BERTUAH.....

Cuti sekolah yang panjang dan memanjang sudah bermula. Musim kenduri kahwin juga bermula dengan meriah dan tanpa hentinya.

Anda bayangkanlah, jika anda berpeluang menghadiri majlis kenduri di dewan seperti di atas, sementara menanti ketibaan RAJA SEHARI dan Tetamu khas, pihak tuan kenduri, bermurah hati mengadakan cabutan bertuah buat hadirin. Disediakan pula hadiah yang agak menarik dan memuaskan hati jika memenanginya.

Pengacara majlis dengan bangga mengumumkan cabutan bertuah buat tetamu akan dimulakan. Sebagai tetamu yang berpeluang untuk menang cabutan bertuah, anda pastinya turut teruja untuk menguji samada kehadiran anda adalah bersama tuah atau pun tidak.

Cabutan pertama bermula, tuah anda hanya berselisih satu nombor dengan tetamu lain yang lebih bertuah. Mungkin tuah anda ada di hadiah utama yang besar dan lumayan itu.

Usai hadiah - hadiah sampingan dimenangi, kini tiba pula cabutan untuk hadiah utama yang mungkin istimewa hadiahnya. Goncang punya goncang. Kacau punya kacau. Raba punya raba, akhirnya, pihak yang melakukan cabutan, mengambil satu kad dan menyerahkan kepada pengacara untuk diumumkan.

Muzik suspen mengiringi pengumuman.......pengacara lantang dan bersemangat mengumumkan PEMENANG HADIAH UTAMA CABUTAN BERTUAH SEMPENA MAJLIS RESEPSI PERKAHWINAN EN. K BIN EN. L adalah....................................................

EN. L BIN EN. M

Apakah perasaan anda jika begitu jadinya?

CUIT SIKIT:-

Jika anda rasa tidak selesa atau merasa tertipu dengan keputusan cabutan bertuah di atas, mungkin itulah yang turut dirasai oleh Raja Azmi Raja Sulaiman, produser dan pengarah filem yang lantang dan berani bersuara dan turut mempunyai ANU di DALAM BOTOL itu.

Anugerah Cipta Festival Filem Malaysia [FFM24] baru - baru ini tercemar kerana Raja Azmi meluahkan terus perasaannya di khalayak yang turut dihadiri oleh YAB TPM.

Bagi aku, malam itu juga turut tercemar dan dicemari oleh keputusan juri memberikan Anugerah Pengarah Harapan menerusi filem Libas kepada Jurey Latiff Rosli.

Malam itu dan malam - malam FFM24 seterusnya, Jurey Latiff Rosli adalah TUAN KENDURI, kerana beliau adalah PENGERUSI Jawatankuasa Induk dan beliau juga adalah PRESIDEN Persatuan Karyawan Filem Malaysia[GAFIM] yang merupakan badan penganjur festival filem berkenaan.

Jurey menafikan kemenangannya adalah kerana berlaku campurtangan dalam keputusan juri. Kata beliau, juri adalah profesional. Belia mengakui tidak tahu menahu keputusan anugerah sehinggalah ia diumumkan di malam itu.

Bagi aku, samada juri profesional atau Jurey juga profesional tidak timbul. Adalah lebih profesional sekiranya Jurey selaku TUAN KENDURI tidak campurtangan bukan sahaja di dalam membuat keputusan bahkan turut tidak menyertai sebarang pertandingan sempena festival berkenaan.

Lagi pun, dengan tidak menyertai sebarang pertandingan di festival berkenaan, Jurey akan lebih dihormati dan bakal kekal dengan status Presiden itu.

Akhirulkalam, mengambil tahu kisah anak wayang samalah dengan mengambil tahu kisah orang politik. Sama sahaja. Kedua - dua kelompok masyarakat ini GILA PUBLISITI dan CAKAP serta TIDAK TANDUK mereka TIDAK BOLEH DIPERCAYAI.

Benarlah kata bijakpandai, DUNIA INI HANYALAH PENTAS SANDIWARA.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH