Ong menurut bahasa Cina adalah tuah atau untung. Biasanya orang Cina menyebut "tala ong" apabila tidak mendapat untung atau tuah tidak bersama mereka.
TALA ONG. Mungkin itulah yang akan dijawab oleh BABA ONG KIM SWEE, apabila ditanya berkenaan kegagalan Malaysia memenangi perlawanan pertama bola sepak Sukan Sea 2011.
Bertemu Singapura, pemenang pingat gangsa Sukan Sea di Laos, Malaysia selaku pemenang pingat emas kejohanan yang sama menampilkan permainan yang baik walau pun tidak bagus.
Seri 0-0 dan mendapat satu mata adalah lebih baik daripada kalah dan tidak mendapat mata. YA! Memang betul tu. TETAPI, alangkah baiknya jika tadi Malaysia menang dan mendapat 3 mata. Barulah lawan selepas ini, Indonesia dan Thailand akan rasa gerun.
90 minit bermain, hanya 3 percubaan pasti gol yang dapat dilakukan. Itu pun menerusi dua sepakan percuma dan satu percubaan serta merta setelah bola membias. Kesemuanya menerusi Badrol Bakhtiar.
Badrol bermain baik sebagai kapten. Malangnya, beliau tidak akan dapat membantu skuad olimpik negara yang selepas ini akan meneruskan perjuangan di peringkat akhir zon Asia.
Lebih malang, pemain - pemain lain adalah pemain yang akan membawa cabaran negara bersama - sama skuad olimpik. Jika disandarkan kepada gaya mereka bermain tadi, peluang negara ke London nyata samar - samar.
CUIT SIKIT:
Segala - galanya nampak baik. Bermula di pintu gol sehingga ke barisan tengah. Namun, apabila tiba ke barisan penyerang dan penyudah, di situlah terserlah masalah. TUMPUL lagi menumpulkan.
Selagi masalah ketiadaan penyerang tulen gagal diselesaikan, selagi itulah skuad negara tidak akan pergi jauh. Menguasai permainan bukanlah petunjuk kita kuat selagi tidak mampu menjaringkan gol.
Selain kemantapan pertahanan dan penjaga gol, kehadiran penyerang tulen bernama Safee Sali, adalah faktor kita menjuarai Piala AFF tahun lalu. Itulah bezanya dengan skuad Sukan Sea dan olimpik negara.
Tanpa seorang atau dua orang penyerang tulen yang mampu menghasilkan gol secara konsisten, kita mungkin terpaksa menanti selama 20 tahun lagi untuk memenangi pingat emas Sukan Sea.
Lebih daripada itu, lupakanlah hasrat untuk bermain di Piala Asia dan layak ke Olimpik serta Piala Dunia.
Mungkin sudah sampai masa dan ketikanya, BABA ONG dan TUK RAJA memikirkan untuk menukar posisi mana - mana pemain pertahanan contohnya, untuk menjadi penyerang.
Jika Frank Lords pernah menukar posisi Zainal Abidin Hassan daripada bek dan berjaya menjadi penyerang terbilang ASIA, tidakkah anda berdua boleh melakukan perkara yang sama?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan