Malam ini, usai sambutan tahun baharu Islam 1434H, akan berlangsung perlawanan persahabatan Pra Piala AFF Suzuki 2012.
Bertemu Hong Kong, Malaysia tidak boleh lagi dibuai mimpi menang 3-0 sebulan lalu. Biar pun menang, aku fikir prestasi Malaysia ketika itu masih belum menggambarkan keupayaan sebenar mereka untuk mempertahankan Piala AFF Suzuki yang dimenangi pada 2010.
Ketika sepak mula Piala AFF Suzuki 2012 bakal berlangsung 25 November nanti, malam ini merupakan detik terbaik buat King Gobal untuk menurunkan kesebelasan utamanya. Biarlah sesiapa pun wakil Singapura, Indonesia mahu pun Laos datang mengintai, pedulikan mereka. Pamerkan kesebelasan utama dan bermainlan sebagai Juara Bertahan dan akan muncul sebagai Juara sekali lagi.
Mungkin ada yang terfikir, jika kita menang Piala AFF, apa perlu dibanggakan. Bukannya memang Piala Asia atau Piala Dunia pun. Memang benar. Tetapi, jika di peringkat ASEAN ini pun tak lepas, usahlah mengidam untuk layak ke pusingan akhir Piala Asia pada 2015 nanti.
Justru, tidak hairan sekiranya prestasi semasa Malaysia menjadi kerisauan ramai pihak. Biar pun King Gobal kata tidak panik, aku tahu sebenarnya dia panik. Tambahan pula Timbalan Presiden 1 FAM telah berbunyi baru- baru ini. Jika Bakal King sudah berbunyi, makno eh, ado la sesuatu yang tak sesuai di mata baginda.
Seperkara lagi, jika malam ini, Malaysia mampu menarik kehadiran seramai 30 ribu penonton di Shah Alam, itu sudah cukup baik. Di saat ini, aku fikir tidak ramai yang mahu melabur sekurang - kurangnya RM 20.00 untuk menonton perlawanan persahabatan dan tidak menjanjikan seronok kerana prestasi Malaysia masih menjadi tanda tanya.
Mungkin lebih ramai akan melepak di mana - mana pot yang ada big screen. Lihat dengan teliti kualiti dan corak persembahan Malaysia. Kemudiannya membuat keputusan untuk hadir atau tidak pada 25 November nanti di Bukit Jalil. Sebagai ingatan, harga tiket AFF Suzuki 2012 di Bukit Jalil adalah RM 30.00 dewasa.
Sehingga tibanya detik terakhir malam ini, aku ucapkan selamat maju jaya buat King Gobal dan anak - anak buahnya. Aku mahu melhat satu kemenangan yang bergaya dan berkualiti dari semua aspek teknikal dan taktikal. Barulah dikoba'an, NI AH CAP EH!
CUIT SIKIT:
Sempena Maal Hijrah yang akan bermula sebaik sahaja masuknya waktu maghrib petang nanti, aku fikir FAM dan King Gobal perlu berubah [ berhijrah ] daripada tahap sekarang kepada satu tahap yang lebih baik.
Jika prestasi semasa tidak baik, eloklah direhatkan sahaja sesiapa jua yang berkaitan dengan Pasukan Harimau Malaya itu. Jika selama ini banyak eksperimen dilakukan oleh King Gobal tidak menjadi, eloklah King Gobal direhatkan. Andainya Safee Sali setahun tidak mampu menjaringkan gol, sumbatlah beliau dibangku simpanan.
Malangya, antara pemain yang tidak pernah direhatkan adalah Safee Salee. King Gobal selama ini hanya bereksperimen di pintu gol sendiri, di bahagian pertahanan dan midfield sahaja. Tiada langsung eksperimen di bahagian serangan. Kerana itu, sehingga ke minit terakhir perlawanan bertemu Thailand tempohari, kita gagal melihat ada persembahan terbaik oleh pemain serangan Malaysia.
Namun, biar apa pun yang aku kata dan anda kata, King Gobal tetap seperti itu. Sebabnya, hanya dia seorang sahaja yang bergelar Datuk lantaran kejayaan Malaysia di Sukan Sea 2009 dan Piala AFF 2010. Dan, jika ada rewards kerana kejayaan, perlu juga ada punishment jika gagal.
Salam Maal Hijrah buat pembaca blog ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan