Malaysia 1 : Aidil Zakuan & Apex 1.
Andainya yang berjersi merah itu Singapura dan Indonesia dan Malaysia bermain hampeh seperti tadi maka, bungkuslah perjuangan di kumpulan B.
Ada sedikit peningkatan tetapi yang hampeh itu tetap gagal diperbaiki. Seperti biasa, hantaran adalah aspek paling selekeh. Seperti ianya tidak pernah dititik beratkan semasa latihan.
Midfield sebagai jentera pasukan sekali ada. Namun, dua kali tiada. Maknanya, bahagian itu yang dimainkan oleh Shafiq Rahim dan Amar Rohidan GAGAL secara keseluruhannya.
Pertahanan merupakan bahagian yang paling fail. Aidil dan Fadhli serta Zubir dan Bunyamin seperti tidak pernah hidup bersama. Semacam tiada langsung komunikasi sesama mereka.
Serangan? Mana mungkin Mat Yo dan Safee Sali boleh mendapatkan jaringan jika tiada hantaran baik daripada bawah. Bukan sahaja hantaran cantik daripada Shafiq, sepatutnya ada juga hantaran jauh dari pertahanan yang bertaraf 'killer pass' seperti yang dilakukan Hong Kong di lima minit terakhir separuh masa pertama.
Keseluruhannya, di mata aku, bebudak dan Bapak Budak Harimau Malaya ini seperti langsung tidak berlatih sejak mereka mula dikumpulkan usai suku akhir Piala Malaysia lalu.
CUIT SIKIT:
Buat King Gobal, jika beginilah cara dan corak permainan Malaysia setelah dua tahun memikul gelaran JOHAN PIALA AFF SUZUKI [ Jaguh ASEAN ], maknanya, skuad kendalian anda bukannya semakin meningkat malah semakin menurun.
Jika tiada peningkatan begini berlaku di negara lain, aku fikir King Gobal sudah lama hilang kerja.
Mungkin juga sudah ada 'players power' di dalam pasukan. Sudah ramai Ketua Jurulatih tersungkur angkara players power ini.
Maksud players power adalah tindakan protes pemain di padang dengan cara bermain tidak mengikut arahan dan perancangan jurulatih kerana sudah tidak sebulu lagi. Fikir - fikirkanlah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan