Malaysia 4 Laos 1.
Misi WAJIB MENANG telah terlaksana. Satu gol menerusi bola mati dan 3 gol menerusi gerakan padang yang agak menarik, membawa Malaysia sedikit ke separuh akhir.
Ianya turut dibantu oleh aksi Laos yang tidak mempunyai pemain kreatif di bahagian midfield. Jika barisan midfield Laos seperti barisan midfield Singapura tempoh hari, aku fikir sukar untuk Malaysia mendapat lebih daripada 2 gol.
Zubir Azmi, S.Kunanlan, Mahali Jasuli, Wan Zack dan Shakir Shaari bagi aku telah memberikan yang terbaik daripada mereka. Kecuali Kuna, lain - lain nama itu bukanlah pilihan pertama King Gobal. Namun, akhirnya yang bukan idaman itulah yang muncul menjadi pujaan. Kekalkan mereka di kesebelasan utama.
Kekalahan Singapura 0 - 1 kepada Indonesia sebelum itu, telah meletakkan Kumpulan B ini penuh tricky dan menjadi tanda tanya siapa sebenarnya penguasa kumpulan ini.
Usai perlawanan kedua, Indonesia mendahului dengan 4 mata. Singapura di tangga kedua, 3 mata dengan perbezaan 2 jaringan gol. Malaysia juga 3 mata tetapi 0 beza jaringan di tangga ke tiga. Laos, dengan 1 mata, masih boleh ke separuh akhir dengan wajib menang ke atas Singapura di perlawanan terakhir.
Malaysia pula tiada pilihan lain selain WAJIB MENANG ke atas Indonesia Sabtu ini. Dengan 2 perlawanan berlangsung serentak di Bukit Jalil dan Shah Alam, King Gobal tiada pilihan selain mengekalkan momentum kemenangan selain meningkatkan lagi rentak pasukan.
Dengan jangkaan Singapura dijangka tiada masalah untuk mengatasi Laos, Malaysia perlu menang tidak kira berapa jaringannya. Keputusan seri atau kalah, akan memberikan ruang untuk Indonesia ke Separuh Akhir.
Mungkin boleh gembira malam ini tetapi tidaklah sampai ke peringkat berpesta. Kita cuma memenangi satu pertempuran. Belum pun menang peperangan.
CUIT SIKIT:
Buat King Gobal, aku hanya akan memuji anda sekiranya menang dengan Indonesia menerusi aksi menarik dan rentak permainan yang menghiburkan.
Jika masih ada lagi aksi over lapping tanpa tiket balik seperti aksi yang memberikan gol tunggal Laos tadi, itu bukan aksi jaguh sebenar.
Dua pasukan terbaik Kumpulan B akan muncul Sabtu ini. Harap - harap, satu daripadanya, adlah Malaysia.
AUM! GHIMAU AUM!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan