Jumlah Paparan Halaman

4.12.12

PIALA AFF SUZUKI 2012 3.....

AKHIRNYA. Setelah puas kena marah dan kena jerkah, Malaysia layak ke Separuh Akhir Piala AFF Suzuki 2012.

Ibarat budak cerdik tetapi nakal dan pemalas, Harimau Malaya telah mempamerkan sikap sebenar mereka. Kalah perlawanan pertama dengan prestasi longlai. Penjaga gol dipersalahkan sebagai punca kekalahan.

Lihat di bawah,
Apek muncul pada perlawanan kedua 2010 setelah Sarbinie Alawee melepaskan 5 gol kepada Indonesia di perlawanan pertama.

2012 menyaksikan Apek pula bolos 3 gol kepada Singapura dan direhatkan selepas itu. Dengan persembahan baik Farizal Marlias setelah dua perlawanan, aku fikir, Apek bakal menurut jejak Sarbinie sebelum ini.

Sebelum bermula kejohanan, King Gobal telah menyatakan hanya mensasarkan separuh akhir buat Harimau Malaya. Satu langkah "play safe" buat Sang Juara yang dibelasah dari segenap sudut hanya kerana gemar bereksperimen tanpa hala tuju.

4 YANG TINGGAL:

Aku tidak mahu berbincang berkenaan prestasi kesemua empat semifinalis ini. Aku cuma ingin berkongsi betapa gahnya Harimau Malaya. Gah bukan kerana prestasi tetapi gah kerana Harimau Malaya bakal turun di Stadium Nasional Bukit Jalil yang merupakan arena terbesar di kalangan semua arena separuh akhir Piala AFF Suzuki tahun ini.

13 ribu penonton

8 ribu penonton

20 ribu penonton

100 RIBU PENONTON
Lebih ramai penonton seharusnya menimbulkan rasa gerun dan gentar kepada lawan.  Malah, Ketua Jurulatih Thailand awal - awal lagi menyatakan Malaysia memiliki kelebihan besar di Bukit Jalil pada Separuh Akhir 2 Pusingan 1 Ahad ini.

Pemain ke 12 [ penonton ] pasti menjadi pemisah buat tuan rumah dan pelawat. Namun, Singapura telah membuktikan, mereka boleh menang di Bukit Jalil biar pun ada sekitar 40 ribu penyokong Malaysia ketika itu.

Buat King Gobal, penonton hanyalah faktor tambahan. Aksi sebenar pemain di padang adalah penentu segala - galanya.

CUIT SIKIT:

Di peringkat kumpulan tempohari, Malaysia bernasib baik kerana Laos hanyalah satu pasukan yang penuh semangat tetapi tidak mempunyai perancang yang baik. Indonesia pula adalah barisan tempang juga tanpa perancang yang baik angkara perbalahan dalam persatuan mereka.

Terbukti ketika bertemu Singapura, perancang Malaysia boleh diatasi dengan mudah oleh lawan yang ramai di barisan tengah.

Thailand yang mantap di semua bahagian pastinya lawan sukar dan amat berbeza berbanding Laos dan Indonesia serta Singapura.

Sangat penting buat King Gobal untuk mengajar erti over lapping buat kedua - dua bek kanan dan kirinya. Jika naik membantu serangan, segeralah turun untuk bertahan.

Aku lihat, selain S. Kunanlan, para pemain sayap kita bukanlah pemain yang mampu bertahan dengan baik. Kerana faktor itulah, Laos mampu menjaringkan satu gol ketika Mahalli tiada di bek kanan dan Meen pula gagal mengisi kekosongan kawasan itu.

Setakat ini, bermain di FINAL sepatutnya menjadi pilihan utama Harimau Malaya. Dan, kesempatan bermain di arena sendiri di pusingan pertama Separuh Akhir seharusnya dimanfaatkan sepertimana ketika bertemu Vietnam di peringkat yang sama dua tahun lalu.

Semi-finals
15-Dec-10 Malaysia  2 – 0  Vietnam
Safee 2 gol
18-Dec-10 Vietnam  0 – 0 Malaysia 
FINAL
26-Dec-10 Malaysia  3 – 0  Indonesia
Safee 2 gol
Ashaari 
29-Dec-10 Indonesia  2 – 1  Malaysia
Nasuha Safee
Ridwan 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH