Dua perlawanan Peringkat Pertama Separuh Akhir Piala AFF Suzuki 2012 telah selesai. Dua Naib Johan Kumpulan selaku tuan rumah peringkat ini tidak kalah dan tidak juga menang. Sabtu, Filipina dan Singapura seri 0-0. Ahad, Malaysia dan Thailand pula seri 1-1 di Bukit Jalil.
Situasi yang tidak memihak kepada Filipina dan Malaysia kerana perlawanan kedua bakal berlangsung di Singapura dan Bangkok. Bak kata Zainal Abidin Hassan, sukar tetapi bukan mustahil untuk menang di arena lawan.
Untuk makluman, RTM akan menyiarkan kedua - dua perlawanan secara langsung. Aku ucapkan tahniah buat RTM kerana tidak mengganggu siaran terutamanya semasa rehat dengan berita terkini yang boleh membuatkan mood menonton terganggu.
MALAYSIA LAWAN THAILAND:
Setakat ini, aku fikir, inilah persembahan terbaik Harimau Malaya biar pun terpaksa mengorbankan formasi 4-4-2 kepada 4-5-1. Biar pun Mat Yo berseorangan di atas, beliau mampu memikul tugas dengan baik. Cuma, tindakan lambat Baddrol dan Alex untuk membantu, membantutkan tindakan penyudah.
Dengan dua defensif midfielder [ Amar dan Gary ] turun beraksi serentak, sepatutnya Baddrol dan Alex lebih berminda menyerang berbanding bertahan. Mengharapkan Shafiq untuk membantu Mat Yo adalah satu kesilapan. Sepatutnya Shafiq dibiarkan bermain sebagai perancang serangan dengan tugas membantu Mat Yo dilakukan oleh Baddrol dan Alex.
Bagaimana pun, kehebatan Thailand seharusnya kita akui. Jelas, secara keseluruhan, Thailand adalah sebuah pasukan yang matang dan bermain secara cerdik. Mereka tidak terburu - buru menyerang dan dalamasa yang sama tutut berdisiplin tinggi apabila bertahan.
DI MANA SILAPNYA?
Tiada apa dan tiada siapa yang silap. Semua pemain telah melaksanakan tugas masing - masing dengan baik kecuali gagal menyekat pemain yang membuat hantaran lintang untuk Dangda menanduk masuk gol penyamaan Thailand.
Sedikit kelekaan di bahagian kiri dalam tempoh satu saat [ split-second ], memadamkan kelebihan jaringan itu. Itu sahajalah perbezaannya di antara Thailand dan Malaysia.
PELUANG?
Buat Malaysia dan Filipina, kedua - duanya masih berpeluang. Keputusan seri tidak memberikan apa - apa kelebihan buat Singapura dan Thailand biar pun mereka bakal menjadi tuan rumah pada Rabu dan Khamis ini.
Di peringkat Separuh Akhir begini, tekanan adalah lebih kepada pasukan tuan rumah bukannya kepada pelawat. Singapura dan Thailand mungkin dua pasukan terbaik sepanjang Kejohanan Piala AFF setakat ini. Masing - masing ada tiga kejuaraan sebelum ini. Namun, sejarah bukanlah jaminan kepada prestasi semasa.
Dengan tiada siapa yang kalah di pusingan pertama, kedua - dua perlawanan di pusingan nanti pasti menjanjikan "perang" terhebat di Asia Tenggara tahun ini. Malah, ada kemungkinan kedua - dua perlawanan bakal dimuktamadkan menerusi penentuan sepakan penalti.
CUIT SIKIT:
Buat penyokong tegar Harimau Malaya, aku sediakan sedikit informasi perlawanan kedua di Bangkok pada 13 Disember nanti.
Selamat maju jaya buat keempat - empat pasukan. Cuma, standard keempat - empatnya belum menyamai prestasi mana - mana pasukan dari Rantau Arab dan juga Jepun serta Korea Selatan.
Bila nak sama? ONTAHLAH!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan