Esok dan Lusa, kaki bola dan kaki judi bola ASEAN pastinya tertumpu ke Manila dan Bukit Jalil.
Dua Naib Juara Kumpulan akan menerima kunjungan 2 Juara Kumpulan di Leg 1 Separuh Akhir Piala AFF Suzuki 2012.
Dua semi-finalis 2010, Malaysia dan Filipina akan bertemu dua pasukan 3 bintang [ 3 x JUARA AFF ], Thailand dan Singapura. Dua lagi semi-finalis 2010, Indonesia dan Vietnam, sedang merawat luka angkara tersingkir di peringkat kumpulan, minggu lalu.
3 hari senggang diantara Leg 1 dan Leg 2 bukanlah sesuatu yang mudah buat keempat - empat semi-finalis ini. Dalam tempoh berkenaan, mereka terpaksa terbang samada balik ke arena sendiri mahu pun ke arena lawan.
Bagi memudahkan strategi, keputusan positif mesti dicapai di Leg 1. Dan, kelebihan di arena sendiri mesti dimanfaatkan sebaik - baiknya oleh Filipina dan Malaysia.
PELUANG?
Sepintas lalu, di peringkat ini, tiada lagi pasukan pilihan. Kualiti dan prestasi mereka adalah seimbang. Arena sendiri dan penyokong fanatik hanyalah faktor tambahbaik.
Garis pemisah diantara pasukan adalah prestasi semasa di padang. Ketua Jurulatih dan Pasukan Tektikalnya hanya mampu berada di tepi garisan tetapi tidak boleh menyepak bola ke gawang lawan.
Di padang, Ketua Pasukan memainkan peranan penting untuk menggerakkan motivasi pemain dan boleh membuat keputusan taktikal sekiranya perlu, bergantung kepada corak permainan lawan. Teorinya begitu. Namun, adakah Ketua Pasukan terutamanya Ketua Pasukan Malaysia mampu berbuat demikian? Menarik untuk kita fikirkan.
PENYOKONG FANATIK:
Ketua Jurulatih Thailand awal - awal lagi mengakui bimbang dengan kehadiran ribuan penyokong Malaysia di Bukit Jalil. Maknanya, beliau tidak bimbangkan prestasi lawan [ Malaysia ].
Mungkin baginya pasukan Malaysia boleh diatasi di Bangkok tetapi amat sukar untuk menghadapi Malaysia di Bukit Jalil kerana faktor kehadiran puluhan ribu penonton.
Apa yang aku lihat, ketika di peringkat kumpulan, Thailand tidak diiringi dengan puluhan ribu penyokong biar pun bermain di Bangkok. Mengapa? Jawapannya ada di sana.
FINALIS:
Sebagai rakyat Malaysia, tiada sebarang kompromi, MALAYSIA WAJIB KE FINAL sekali lagi. Aku katakan, jika tidak ke final, King Gobal adalah seorang yang gagal kali ini.
Lawannya di final nanti seharusnya Filipina bukan Singapura. Ianya amat baik buat peningkatan prestasi para pemain Malaysia sendiri. Berhadapan lawan yang bermain ala Eropah, pastinya para pemain Malaysia akan berhadapan dengan cabaran yang berlainan.
Jika lawan Singapura, tiada apa - apa perubahan teknikal dan taktikal berlaku kerana setiap pemain telah, sedang dan akan berhadapan sekurang - kurangnya dua kali di Liga Super. Sebabnya? Majoriti pemain Singapura datang daripada Lions XII yang muncul Naib Juara Liga Super Malaysia 2012.
CUIT SIKIT:
Bola dan bisnes ternyata saling berkait. Jika dua hari pertama peringkat Kumpulan B di Bukit Jalil, kita cuma membayar RM 30.00 untuk dua perlawanan, di hari terakhir, kita perlu membayar harga yang sama untuk satu perlawanan.
Kini, di semi final, kita perlu membayar RM 40.00. Jika layak ke final, kita perlu membayar RM 50.00 untuk masuk ke Stadium Nasional Bukit Jalil. Aku katakan untuk masuk sebabnya, apabila permainan berlangsung, kita tidak menyokong pasukan sebaliknya kita memaki hamun pihak lawan dan juga pemain sendiri.
Lebih teruk, kita membayar harga setengah ratus itu, hanya untuk bergaduh dengan para penyokong lawan. Tidak ketinggalan juga, dengan harga setengah ratus itu, kita boleh mengepung bas pasukan sendiri.
Kepada pihak berkuasa bola sepak negara, jangan salahkan penonton sekiranya mereka tidak puas hati dengan pasukan sendiri kerana anda mengambil kesempatan untuk merabakkan poket mereka setipa kali ada perlawanan yang menyebut akhir.
Tidak kiralah separuh akhir atau akhir, asal sahaja ada perkataan akhir, maka naiklah harga tiket perlawanan. Kemudiannya, yang tersaji adalah prestasi hampeh oleh para pemain kerana mahu MENJAGA KAKI untuk Liga Malaysia 2013 nanti.
Dengan gaji mahal, mana mungkin pemain ini mahu berada di katil hospital angkara cedera teruk semasa bermain untuk negara.
ADA BETOI KA?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan